Masjid perlu hidup sepanjang tahun, bukan musim Ramadan sahaja – Mustapha

SEPANGGAR – Masjid dan surau perlu diimarahkan secara berterusan sebagai pusat komuniti dan pembangunan masyarakat, bukan hanya menjadi tumpuan ketika Ramadan atau musim perayaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, usaha menghidupkan institusi masjid menjadi fokus utama di Parlimen Sepanggar melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk gerakan Subuh berjemaah dan Program Masjid Di Hatiku.

“Jadi ini yang kita cetuskan pada hari ini, kita datang supaya kita boleh memulakan gerak kerja dan ini perlu penyertaan jemaah lelaki dan wanita supaya kita dapat mengimarahkan Masjid kita. Kalau tidak masjid dan surau akan kosong, Hari Raya dan Ramadan barulah kita nampak penuh.

“Tapi di luar Ramadan, masjid kita kosong. Jadi ini sebenarnya hasrat kita di Parlimen Sepanggar, kita minta Ukhuwah, SALWA, WADAH dan NGO-NGO lain membantu gerakan ini.

“Niat kita ialah supaya kita dapat mengimarahkan masjid kita, Insya-Allah, terutama di Parlimen Sepanggar,” ujarnya ketika merasmikan Program Masjid Di Hatiku di Surau Al-Jannah, Taman Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mustapha turut menyatakan bahawa gerakan Subuh berjemaah perlu dilaksanakan secara konsisten dengan turun ke masjid-masjid terpilih bagi menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, di samping membuka ruang dialog bersama jemaah mengenai isu dan keperluan komuniti.

“Kita sebenarnya dalam konteks di Parlimen Sepanggar ini memang antara tumpuan kita ialah bagaimana kita mengimarahkan masjid-masjid kita, jadi kita bermula dengan gerakan subuh ke masjid-masjid terpilih.

“Program Masjid Di Hatiku ini juga dilaksanakan dengan tujuan menjadikan masjid sebagai pusat institusi sosial merangkumi aktiviti dakwah, pendidikan anak-anak, kebajikan serta pembangunan sahsiah masyarakat,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Mustapha turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 100 orang asnaf dan golongan kurang berkemampuan, selain menyalurkan peruntukan dana Parlimen bagi membantu pihak masjid memperoleh keperluan asas termasuk sejadah baharu.

Turut hadir, Pengerusi Surau Al-Jannah Taman Sepanggar, Tasse Bukhari dan Pengerusi Persatuan Sukarelawan dan Kebajikan Wanita Sabah (UKKWA) merangkap Exco SALWA Pusat, Datin Rosnie Nasir.

Program Masjid Di Hatiku di Surau Al-Jannah merupakan program ke-10 yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan sekitar Parlimen Sepanggar, antaranya Darau, Rampayan dan Inanam Laut, manakala program seterusnya dijadualkan berlangsung di Masjid Karambunai, pada Ahad.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara