Malaysia sokong kolaborasi minyak sawit bersama India

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia menyokong penyelidikan dan pembangunan India mengenai pengeluaran minyak sawit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara akan bekerjasama dalam proses itu, sambil menambah bahawa Malaysia bertuah kerana mempunyai pandangan bebas dan profesional India berbanding reaksi negatif daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) mengenai pengeluaran minyak sawit.

“Sesetengah syarikat (di India) telah menjalankan penyelidikan mereka sendiri untuk menentukan kedudukan (negara) (mengenai pengeluaran minyak sawit) (dan) ia akan (terus) meningkat.

“Kami juga bersetuju untuk menyokong eksperimen India mengenai pengeluaran minyak sawit secara kolaboratif,” Anwar dalam temu bual eksklusif dengan India Today Global ketika lawatan tiga harinya ke negara itu baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama itu juga akan diperluaskan kepada sektor baru muncul seperti pendigitalan dan teknologi.

EU telah mengenakan peraturan ketat ke atas minyak sawit Malaysia, mencetus kebimbangan alam sekitar terhadap dakwaan penebangan hutan manakala AS memberi tumpuan kepada amalan buruh dan isu hak asasi manusia.

Pendirian kedua-dua rantau ini menimbulkan cabaran besar kepada industri minyak sawit Malaysia.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan hasrat negara untuk menyertai BRICS mendapat sokongan daripada semua negara anggotanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, BRICS masih belum memutuskan status keahlian Malaysia dalam organisasi itu.

Anwar optimis keputusan permohonan Malaysia akan dibuat dalam beberapa bulan akan datang.

“Mereka (BRICS) akan membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang di Kazan, Rusia (di sidang kemuncak BRICS).

“Tiada tentangan daripada pemain utama seperti Rusia, Brazil, India, China, dan Afrika Selatan. Kesemua lima negara menyokong (permohonan) Malaysia,” kata Anwar.

Pada 18 Jun, Anwar mengumumkan bahawa beliau telah menyampaikan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva.

BRICS, yang ditubuhkan pada 2009, berfungsi sebagai platform untuk ekonomi sedang pesat membangun termasuk Brazil, Rusia, India dan China, dengan Afrika Selatan menyertainya pada 2010. Pada Januari 2024, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu juga telah dimasukkan ke dalam kumpulan itu.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM