Maritim Sandakan tahan dua lelaki tempatan disyaki seludup barang kawalan

SANDAKAN – Dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 40 dan 50 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (Maritim Malaysia) kerana gagal mengemukakan surat kebenaran atau dokumen yang sah untuk membawa barang kawalan. 

Menurut Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, mereka ditahan semasa pihaknya sedang menjalankan OP Pluto Timur / OP Khas Cegah PATI (OCP) dan OP Tiris yang mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pulau Berhala, di sini pada Isnin.

“Hasil pemeriksaan menemui barang kawalan bersubsidi disyaki minyak diesel dianggarkan berjumlah 2,200 liter di dalam tangki minyak yang telah diubah suai. 

“Mereka tidak hanya melakukan kesalahan seludup barang kawalan bersubsidi tetapi turut membuat kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu  menambah ruangan dan mengubah suai tangki simpanan minyak,” katanya di sini pada Selasa. 

Tambahnya, nilai rampasan termasuk barang kawalan dan vesel dianggarkan berjumlah lebih RM54,000.

Katanya, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi