Manifesto PN tidak meyakinkan, tidak dibaca sendiri oleh calon

NIBONG TEBAL – Kelemahan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail terserlah apabila beliau tidak membaca sendiri manifesto yang dilancarkan hari ini.

Manifesto PN itu dibaca oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff secara tertutup di Bilik Gerakan Utama PN di Sungai Bakap.

Selain dibaca secara tertutup pimpinan tertinggi parti itu juga tidak kelihatan hadir pada pelancaran itu malah Abidin tidak diberi peluang untuk bercakap oleh pimpinan yang hadir.

Melalui manifesto itu terdapat beberapa tawaran dikemukakan termasuk memberi peluang pekerjaan buat rakyat di Sungai Bakap.

Namun begitu, persoalan timbul bagaimana beliau mahu yakinkan rakyat di Sungai Bakap tentang tawaran peluang pekerjaan sedangkan manifestonya pun dibacakan oleh orang lain.

Beliau dikatakan pernah bekerja selama kira-kira 10 bulan bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff namun sebenarnya tempoh itu bukanlah suatu jangka masa yang cukup untuk memahami dan menyelesaikan masalah rakyat.

Sebelum ini, kelayakan akademik Abidin juga dipersoal banyak pihak berikutan kelulusannya tidak dipamerkan pada poster calon berbanding calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin, 60, yang memiliki kelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD).

Justeru, adalah penting untuk membuat pilihan tepat dengan memilih wakil rakyat yang terbaik dan rakyat memerlukan seorang wakil rakyat mampu membawa suara masyarakat diwakilinya terus kepada pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian.

Pada Sabtu lalu, calon Pakatan Harapan (PH) Cikgu Joohari melancarkan iltizamnya (manifesto) dengan mengetengahkan pendekatan ‘PADU’ menggunakan misi Sungai Bakap maju, inklusif dan harmoni.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa