Berakhlak, bantu rakyat tak kira parti prinsip Cikgu Joohari

NIBONG TEBAL – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin bertekad untuk sentiasa mengamalkan sikap berakhlak dan adil dalam menjaga kebajikan masyarakat,tanpa mengira parti politik sekiranya ditakdirkan terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Cikgu Joohari mengakui bahawa sikap ahli politik ketika ini dilihat cenderung menggunakan pelbagai taktik kotor, khususnya dalam menimbulkan fitnah kepada seteru mereka, sehingga menimbulkan kemarahan dan perpecahan kepada masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu akan lebih memberi fokus kepada rancangan-rancangan yang bermanfaat kepada rakyat dan pembangunan di kawasan Sungai Bakap, khususnya dalam menyelesaikan permasalahan isu air.

“Bila orang akademik, khususnya pendidik sekolah kita tiada bersikap bias, kita akan pertimbang kedua-dua pihak yang menyebabkan apabila kita mengutarakan sesuatu perkara, kita tidak akan terus menghentam pandangan itu. Saya mungkin akan bersikap rasional kerana kita cikgu ni berkawan dengan semua orang. Saya tiada bezakan dalam mengajar pun, takkan cerita parti politik belah mana (kita sokong).

“Kita ini sama sahaja seperti ahli masyarakat, seperti mana prinsip masjid dan surau jangan bawa sebarang agenda politik sebab dia akan memecah-belah masyarakat. Jadi, bila saya jadi ahli politik. Mestilah saya kena pegang satu (parti politik) tetapi kita gunakan pendekatan akhlak, di mana tidak menyerang pihak lawan.

“Lebih baik kita berlawan melalui pemikiran idea, itu lagi bersih dan matang dalam menjaga kebajikan masyarakat,” katanya pada temuramah eksklusif bersama The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Joohari yang juga pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) berharap agar PRK DUN Sungai Bakap dijadikan modul atau penanda aras bagi pilihanraya akan datang dengan mengetengahkan kempen yang berakhlak dan lebih bernilai tinggi.

Jelasnya, tindakan matang itu sekali gus membuktikan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya berjaya merampas kerusi itu daripada Perikatan Nasional  (PN).

“Saya tekankan konsep perpaduan kerana itu sangat penting untuk saya bawa dalam keadaan negara kita berbilang bangsa dan fahaman. Oleh kerana itu, saya menggunakan PADU, yang merupakan kata akar (akronim) daripada perkataan perpaduan.

“PADU ini perkataan P untuk Prasarana dan Progresif, A untuk Akhlak, Akademik dan Anak muda, manakala D merujuk Damai serta tertakhir, U iaitu untuk semua. Kepada semua masyarakat saya nak yakinkan bahawa perkara tersebut bukan sesuatu yang mustahil kalau dilantik sebagai wakil rakyat yang sealiran yang sama dengan peringkat negeri dan persekutuan,” katanya

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan bekas eksekutif logistik, Abidin Ismail.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026