Mangsa lemas Sungai Belat dipercayai jatuh sampan akibat sawan

KUANTAN – Kes seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan lemas di Sungai Belat, Kampung Belukar, Batu Tiga Jalan Gambang, di sini, hari ini, tidak mempunyai unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mayat mangsa, Mohd Firdaus Rahmat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat berhampiran lokasi mangsa terjatuh pada jam 12.05 tengah hari.

Katanya, susulan penemuan itu, ahli keluarga mengesahkan mayat mangsa adalah Mohd Firdaus yang dilaporkan hilang semalam, selepas membuat pengecaman.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh dalam sungai. Ini kerana mangsa ada rekod sakit sawan dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh dari bot ke dalam sungai pada jam 2.30 petang semalam.

Ketika itu, mangsa turun ke sungai untuk mengambil lukah sebelum dia dilaporkan hilang.

“Berikutan itu, usaha mencari mangsa dilakukan penduduk setempat tetapi gagal menemui mangsa malam tadi sebelum disambung pada jam 8 pagi tadi,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti