‘Mandi darah’ di Beit Lahiya, Kem Nuseirat

GAZA – Serangan udara maut rejim Israel ke atas sebuah bangunan kediaman lima tingkat yang terletak di bandar Beit Lahiya, utara Gaza pada awal pagi Ahad telah menyebabkan puluhan rakyat Palestin terbunuh dan cedera, menurut laporan tempatan, lapor Agensi WAFA.

Laporan awal menunjukkan bahawa serangan udara yang dilakukan oleh jet pejuang rejim telah memusnahkan sebuah bangunan milik keluarga Ghabayen dan menyebabkan kerugian besar terhadap orang awam dan mangsa yang terlibat bersalah termasuk kanak-kanak dan wanita.

Pasukan penyelamat terpaksa bergelut untuk sampai ke lokasi kejadian susulan serangan udara yang masih berterusan di kawasan tersebut dan tahap kemusnahan yang teruk sehingga menyukarkan untuk menganggarkan jumlah sebenar korban dan kecederaan di sana.

Bagaimanapun, bangunan yang menjadi tempat tinggal keluarga-keluarga yang dipindahkan akibat pembunuhan beramai-ramai oleh Israel itu runtuh selepas diserang.

Sementara itu di kawasan tengah Gaza pula, jet pejuang Israel menyasarkan dua buah rumah di kem pelarian al-Bureij dan al-Nuseirat, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera malah kerja-kerja menyelamatkan mereka yang diperangkap di bawah runtuhan sedang dilakukan, lapor Agensi WAFA.

Menurut sumber perubatan, serangan pertama mengenai rumah milik keluarga al-Masri di kem al-Bureij, mengakibatkan tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera manakala beberapa individu masih hilang di bawah runtuhan selepas serangan itu, dan pasukan penyelamat sedang bergelut untuk mencari mangsa yang terselamat.

Dalam serangan berasingan, serangan udara Israel menyasarkan rumah milik keluarga al-Rumana di kem pelarian Nuseirat, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera.

Pasukan perubatan tempatan menghadapi kesukaran untuk memberikan rawatan segera kerana hospital di kawasan itu sudah penuh dengan mangsa akibat serangan berterusan Israel di seluruh Gaza.

Related Posts

Kanada tekankan keutamaan Gaza dalam Board of Peace
  • SitiSiti
  • January 21, 2026

PERDANA Menteri Kanada, Mark Carney, pada Selasa menyatakan kesediaan Ottawa untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, namun menegaskan sebarang penglibatan negaranya dalam inisiatif Board of Peace yang diterajui Presiden Amerika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
EU bantah rancangan Trump ‘ambil’ Greenland

DAVOS – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berikrar akan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) susulan rancangan Donald Trump, mengambil alih Greenland, wilayah autonomi milik Denmark. Pemimpin Eropah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi