Bekalan air bersih terputus di Khan Yunis

GAZA – Bandar Khan Yunis di selatan Gaza memberi amaran kekurangan bahan api selama seminggu di sana telah menyebabkan lebih daripada 1.2 juta penduduk serta individu yang dipindahkan di kawasan tersebut terputus bekalan air bersih, di tengah-tengah serangan berterusan Israel.

Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa, pemberhentian bekalan bahan api yang berterusan telah mengganggu perkhidmatan penting, termasuk operasi telaga air dan loji penyahgaraman, lapor Anadolu.

“Keadaan ini telah menyebabkan lebih 1.2 juta warga dan individu yang dipindahkan di Khan Yunis tidak mempunyai akses kepada air minum dan air yang boleh digunakan,” katanya.

Pihaknya turut menyuarakan kebimbangan terhadap penutupan kemudahan rawatan kumbahan, yang mana boleh menyebabkan sisa-sisa air yang tidak dirawat melimpah ke jalan-jalan, sekali gus meningkatkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan, serta memudahkan penyebaran penyakit dan wabak.

Penduduk yang berada di Khan Yunis mengharapkan tindakan segera akan diambil dan menggesa masyarakat antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia untuk segera campur tangan bagi menamatkan perang Israel ke atas Gaza yang telah memusnahkan semua aspek kehidupan.

Pihak berkuasa juga meminta agensi-agensi PBB untuk menekan Israel supaya menyambung semula bekalan bahan api dan membenarkan kemasukan peralatan penting serta alat ganti untuk mengelakkan pemberhentian sepenuhnya perkhidmatan awam.

Setakat 16 November, angka korban di Gaza telah meningkat kepada 43,799 kematian, 103,601 yang lain mengalami kecederaan dan puluhan ribu lagi warga dipercayai masih terperangkap sama ada hidup atau mati di bawah runtuhan dan majoritinya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat