‘Mana dia sumbangan negeri, kelibat Sanusi pun tak nampak’

ALOR SETAR – Mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dekat sini berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana menyediakan kemudahan asas yang selesa dan makanan mencukupi di pusat berkenaan.

Pengerusi Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, selepas melawat beberapa kawasan banjir serta PPS di Parlimen Anak Bukit ramai mangsa banjir berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Katanya, ramai dari mangsa banjir kini mampu tersenyum selepas mendapat sumbangan dari Kerajaan Madani sebanyak RM1,000 setiap keluarga.

“Semasa saya membuat lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan Gunung dan Sekolah Kebangsaan Seri Gunung, mereka sangat berterima kasih kepada Kerajaan Madani yang memberi sumbangan. Belum pernah mereka merasai sumbangan banjir yang cepat seperti ini.

“Ramai yang kagum dengan Kerajaan Madani pada hari ini kerana sehari tidur di PPS dah dapat sumbangan kewangan tanpa sebarang birokrasi. Ini secara tidak langsung memberi keriangan kepada mangsa banjir walaupun berhadapan dengan musibah hari ini,” katanya.

Menurut Asmirul Anuar, semasa lawatannya di PPS beliau sangat berpuas hati dengan peranan pelbagai agensi kerajaan yang membantu mangsa banjir dan turut memantau kesihatan mangsa supaya tidak dijangkiti sebarang penyakit.

“Bagaimanapun sudah kedengaran suara-suara dari mangsa banjir yang mempertikaikan sumbangan kerajaan negeri yang turut menjanjikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir.

“Sehingga hari ini dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Persekutuan sumbangan kerajaan negeri belum ada lagi dan ini menyebabkan ramai mangsa banjir mula kecewa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Haikal Azmi, 32, berkata, ramai mangsa banjir sangat kecewa kerana sehingga hari ini belum menerima bantuan seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor.

“Saya sekeluarga sangat mengharapkan bantuan kewangan itu kerana bagi membaiki rumah yang rosak akibat banjir. Barang perabut juga turut musnah dan dengan bantuan itu dapatlah kami membeli peralatan baharu.

“Saya berharap kerajaan negeri dapat menghulurkan dengan segera tanpa sebarang birokrasi seperti Kerajaan Madani. Musibah banjir ini bukan hanya mencabar kami mangsa banjir tetapi turut memberi cabaran kepimpinan kerajaan hari ini,” katanya.

Bagi Nur Azhar Hashim, 35, mereka sungguh kecewa dengan terjadinya musibah ini dan ke mana hilangnya ‘The Greatest’ Kedah.

Katanya, sebelum ini Sanusi mengaku sebagai pejuang rakyat Kedah tetapi apabila musibah datang terus menghilangkan diri.

“Rakyat nak tau dia pergi mana? Tolong jelaskan dan jika dia berada di luar negara urusan kerajaan atau ‘honeymoon’ tolong maklumkan. Sehingga hari ini rakyat belum nampak kelibatnya lagi.

“Sekiranya berada di luar negara mengapa tiada timbalannya turun mendekati kami untuk memberi semangat kepada mangsa banjir,” katanya.

Related Posts

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

PORT DICKSON – Latihan bersepadu antara agensi kini bukan lagi sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya suatu keperluan semakin mendesak seiring dengan risiko bencana yang kian kompleks. Selaras dengan itu, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

KANOWIT – Penduduk di kawasan Ngemah terus menggesa agar projek Jalan Batu Luking ke Teluk disegerakan berikutan masalah akses jalan yang menjejaskan aktiviti harian serta sektor ekonomi setempat, khususnya pertanian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri