15,000 ekor ayam habis terjual dalam masa 45 minit

KLUANG – Jualan Kasih Johor bersempena dengan Jelajah Orang Mahkota di Taman Makmur, di sini menyaksikan beberapa barangan keperluan asas dijual pada harga tidak masuk akal.

Terdahulu, sebanyak 15,000 ekor ayam berharga RM3.30 sekilogram terjual dalam tempoh 45 minit jualan berkenaan berlangsung.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, pelbagai jenis ikan dan hasil laut sebanyak 30 tan dijual pada harga promosi sekaligus menyebabkan barangan itu menjadi tumpuan dan turut habis kira-kira sejam.

Selain itu katanya, sebanyak 6,000 papan telur ayam juga dijual pada harga RM8 sepapan manakala 5,000 botol minyak masak dijual dengan harga RM10 sebotol.

“Jualan beras juga antara yang paling laris apabila habis dalam masa setengah jam 1,500 kampit dijual mengikut harga kawalan beras tempatan iaitu RM26 sekampit (10 Kilogram).

“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga mempromosikan Jualan Agro Madani (JAM) yang melibatkan komoditi sayur- sayuran, buah-buahan dan barangan runcit dengan jualan pada harga promosi yang sangat memberi penjimatan kepada pengunjung yang hadir,” katanya yang turut berada di program jualan tersebut sambil melayani pengunjung.

Menurut Zahari lagi, pihaknya tidak menjangkakan sambutan sangat memberangsangkan oleh penduduk di Kluang

“Ada yang tak berkesempatan berbelanja pada hari ini, maka boleh datang ke Pasar Borong Peladang di Taman Permata bermula pukul 8 pagi hingga 1 petang esok.

“Terima kasih kerana menyokong jualan Kasih Johor, diharapkan jualan seperti ini dapat membantu orang ramai berjimat dalam perbelanjaan harian mereka,” katanya

Related Posts

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

PORT DICKSON – Latihan bersepadu antara agensi kini bukan lagi sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya suatu keperluan semakin mendesak seiring dengan risiko bencana yang kian kompleks. Selaras dengan itu, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

KANOWIT – Penduduk di kawasan Ngemah terus menggesa agar projek Jalan Batu Luking ke Teluk disegerakan berikutan masalah akses jalan yang menjejaskan aktiviti harian serta sektor ekonomi setempat, khususnya pertanian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri