Malaysia tawar diri kerusi Lembaga Eksekutif Unesco

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia bersaing untuk mendapatkan kedudukan dalam
Lembaga Eksekutif United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) bagi membawa misi pertumbuhan nasional yang inklusif selain melindungi alam sekitar.

Ia termasuk bagi mempromosikan keadilan sosial bersandarkan kepada prinsip Membina Masa Depan Yang Berbeza (Build Forward Differently-BFD).

Kesediaan itu susulan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang akan mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Minggu Pembelajaran Digital Tahun 2024 di Ibu Pejabat Unesco, Paris bermula esok hingga 4 September depan.

Kementerian Pendidikan berkata, penyertaan Malaysia dalam Minggu Pembelajaran Digital Tahun 2024 adalah bertepatan dengan hala tuju pendidikan negara yang memberi fokus kepada tranformasi pendidikan digital.

“Ia juga adalah wadah yang dapat menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan digital dan pertukaran pendapat serta maklumat selain meningkatkan
keterlihatan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina selaku Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) turut akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Unesco, Xing Qu dan secara rasmi mengumumkan pencalonan Malaysia untuk bertanding bagi kerusi Lembaga Eksekutif Unesco Penggal 2025 hingga 2029.

“Malaysia beriltizam melaksanakan beberapa langkah penting untuk merealisasikan objektif BFD melalui kompetensi Unesco dalam bidang seperti pendidikan, sains semula jadi, sains dan sains sosial, kebudayaan selain inisiatif kerjasama dengan semua pihak.

“Tindakan strategik ini dapat memberi sumbangan signifikan kepada impak kelestarian, inklusiviti, mencipta peluang dan keamanan global,” katanya.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara