Malaysia perlu teroka pasaran dagangan baharu

PUTRAJAYA – Malaysia perlu meneroka dan membuka pasaran perdagangan baharu, sekali gus mengelak kebergantungan hanya kepada satu pasaran besar saja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah ini sudah dimulakan pentadbirannya sejak setahun lalu, dalam kerangka ASEAN dan pertemuan dengan pemimpin utama negara Teluk, China serta BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan).

“Alhamdulillah, kita secara agresif membuka ruang perdagangan baharu, meningkat kegiatan dengan rakan dagang sedia ada, BRICS, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang mana ini semua sudah membuahkan hasil.

“Umpamanya, pertumbuhan eksport ke negara ASEAN sudah meningkat sebanyak 4.2 peratus dan Kesatuan Eropah (EU) sudah meningkat 2.6 peratus.

“Pertumbuhan eksport ke pasaran bukan tradisional pada 2024 juga sudah melonjak.

“Antaranya Mesir sebanyak 53.6 peratus, Pakistan (29 peratus) dan Cambodia sebanyak 30.1 peratus,” katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi mesyuarat khas berkenaan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, angka ini menunjukkan kejayaan lawatan ke luar negara anggota Kabinetnya dalam menzahirkan komitmen kerajaan untuk tidak bergantung kepada satu sumber atau pasaran saja.

Beliau yang juga Pengerusi ASEAN berkata, rantau Asia Tenggara ini juga dijangka memuktamadkan rundingan penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China dalam masa terdekat.

“Dengan adanya daya tahan ekonomi domestik dan keyakinan, kita tidak mudah terjebak dengan tekanan atau sesak dengan tantangan luar. Kita punyai angka dan data yang mampu dikendali serta dimanfaatkan secara bijak,” katanya.

Mengulas tarif timbal balas AS, Anwar berkata, ASEAN senada dan bersetuju untuk tidak mengambil tindakan balas kepada AS tetapi memilih untuk berbincang di meja rundingan.

“Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN diwujudkan bagi mengukuhkan pemantauan dan penyelarasan dasar pada peringkat ASEAN..

“Pada 19 Mei ini, Menteri Perdagangan ASEAN dijadualkan mengadakan pertemuan dengan China.

“Saya sudah meneruskan perbincangan dengan semua rakan sejawat ASEAN mulai 28 April lalu.

“Rakan ASEAN juga sudah menyatakan dukungan penuh kepada Malaysia untuk membentuk suara kolektif dan kebersamaan ASEAN sebagai sebuah blok ekonomi yang besar dalam mengadakan rundingan bersama AS,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM