Malaysia percepat rundingan Kod Tatalaku Laut China Selatan

MALAYSIA sedang mengambil langkah aktif bagi mempercepat proses rundingan dan memuktamadkan Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC) bersama negara anggota ASEAN dan China.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam rundingan tersebut selaku Negara Penyelaras hubungan dialog ASEAN-China bagi tempoh Ogos 2024 hingga Julai 2027.

Mohamad berkata, sebagai Pengerusi ASEAN dan Negara Penyelaras, Malaysia giat melaksanakan pelbagai usaha ke arah pemuktamadan COC dan undingan dijalankan melalui pelbagai medium termasuk sidang video serta sesi pemukiman.

“Selain melaksanakan rundingan melalui medium seperti sidang video dan sesi pemukiman, negara anggota ASEAN dan China juga sedang mempertingkatkan kekerapan mesyuarat rundingan COC, contohnya rundingan di Manila pada April 2025 dan rundingan seterusnya yang bakal dihoskan oleh Malaysia pada 11 hingga 14 Ogos ini,” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen pada Selasa.

Beliau menjawab soalan William Leong (PH–Selayang) yang meminta penjelasan berhubung kemajuan semasa rundingan COC serta cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan perjanjian berkenaan.

Mohamad berkata, negara anggota ASEAN dan China telah meningkatkan kekerapan mesyuarat rundingan, termasuk rundingan yang telah diadakan di Manila pada April 2025, dan satu lagi sesi rundingan dijadual berlangsung di Malaysia dari 11 hingga 14 Ogos ini.

“Sebagai Negara Penyelaras dan Pengerusi Bersama China bagi rundingan COC, Malaysia menginginkan proses ini dipercepatkan dan supaya satu COC yang substantif dan efektif dapat dimuktamadkan,” katanya.
Namun begitu, beliau menegaskan bahawa dalam setiap rundingan yang dijalankan, Malaysia sentiasa memastikan bahawa sebarang ketetapan yang dicapai tidak akan memprejudiskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

Justeru, Kementerian Luar akan terus menyuarakan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Laut China Selatan di pelbagai platform serantau dan antarabangsa.

“Ini bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara selaras dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Malaysia komited untuk memastikan COC yang dipersetujui kelak mampu mengurangkan ketegangan, menggalakkan kerjasama dan menjamin kestabilan di kawasan perairan strategik itu.

Related Posts

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece