Nilai RM48.873 bilion bukan ketirisan atau kerugian – Ketua Audit Negara

KETUA Audit Negara menyangkal laporan beberapa portal berita mengenai nilai RM48.873 bilion yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang disifatkan sebagai jumlah ketirisan atau kerugian.

Sebaliknya, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi menjelaskan, ia merupakan nilai kos keseluruhan program, aktiviti dan projek yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Tegasnya, laporan yang tidak tepat berpotensi mencetuskan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap pengurusan kewangan negara.

“Secara umumnya, LKAN 2/2025 mengenai aktiviti kementerian, jabatan, badan berkanun dan syarikat Kerajaan Persekutuan mengandungi perkara yang dibangkitkan hasil pengauditan terhadap lima program, aktiviti dan projek di tujuh kementerian dengan nilai kos keseluruhan sebanyak RM48.873 bilion,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Wan Suraya berkata, skop pengauditan turut mengambil kira prestasi pelaksanaan merangkumi pelbagai tahun terdahulu termasuk isu-isu legasi serta sebarang inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan.

Justeru, setiap penemuan yang dibentangkan dalam laporan disusuli dengan syor penambahbaikan yang konstruktif bagi membantu kementerian, jabatan dan agensi kerajaan meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh sistem dalaman dan pematuhan.

Dalam tempoh tahun 2024 hingga Jun 2025, susulan audit yang dilaksanakan oleh JAN telah membantu kerajaan memperoleh bayaran balik sebanyak RM157.73 juta menerusi tuntutan penalti, sewa tertunggak, kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD), tunggakan pajakan tanah serta kutipan duti dan cukai.

“Sebanyak 44 isu yang telah dilaporkan dalam LKAN 2/2025 turut dimuat naik ke Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (AGD) untuk disusuli oleh kementerian dan jabatan berkaitan bermula Isnin lepas,” katanya.

Wan Suraya turut memaklumkan bahawa isu-isu yang sama akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Susulan LKAN (JSLKAN) dan Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Audit Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Jabatan Audit Negara ingin menasihatkan orang ramai agar mendapatkan gambaran yang berfakta, tepat dan menyeluruh melalui laman sesawang rasmi www.audit.gov.my,” katanya.

LKAN 2/2025 telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan akan dibahaskan di Dewan Rakyat esok.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter