Kadar OPR mungkin diturunkan

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun terdapat kemungkinan satu lagi penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tahun ini, demikian menurut penganalisis.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee, berkata keadaan itu mungkin berubah jika penyesuaian kadar faedah oleh Fed adalah tinggi, sekali gus memberikan ruang kepada bank pusat untuk sekurang-kurangnya memotong 25 mata asas pada 2025.

“Jika Fed memotong kadar faedah masing-masing sebanyak 25 mata asas dalam dua mesyuarat akan datang, maka mereka telahpun memotong kadar sebanyak 100 mata asas secara keseluruhan.

“Ini akan mendorong hasil bon 10 tahun mereka ke sekitar 3.2 hingga 3.3 peratus.

“Jika dibandingkan dengan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), ia kini berada di sekitar 3.7 hingga 3.8 peratus, melihat perbezaan spread sekitar 50 hingga 60 mata asas.

“Mungkin kita belum melihat penyesuaian OPR buat masa ini. Namun, jika spread ini melebar kepada sekitar purata antara 80 hingga 200 mata asas, mungkin ini boleh memberi BNM ruang untuk mempertimbangkan semula OPR,” katanya ketika taklimat media tinjauan pasaran suku keempat secara maya hari ini.

Kali terakhir BNM menyemak OPR adalah pada Mei 2023, menamatkan kitaran pengetatan selama setahun yang menyaksikan kenaikan sebanyak 125 mata asas kepada 3.0 peratus.

Related Posts

Inflasi keseluruhan catat penurunan

KADAR Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2025 Malaysia menurun kepada 1.5 peratus berbanding 1.8 peratus pada suku keempat 2024. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

KOTA KINABALU – Kerajaan menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK) terus komited membantu kontraktor Bumiputera dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan TEKUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Pencalonan Nurul Izzah: Bukan soal nepotisme, tetapi legitimasi akar umbi

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Khairy, Shahril sepakat Nurul Izzah berpotensi sebagai Timbalan Presiden PKR

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

Perahu naga bukan sekadar sukan tapi jalin budaya, semangat komuniti

Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

Tiga rumah, tiga kenderaan musnah dijilat api di Tawau

Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

Hargai ketulusan PH, Anwar peka terhadap isu Sabah – Armizan

45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF

  • By Siti
  • May 17, 2025
45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF