Malaysia bukan kembali ke era Residen British tapi menuju era kebebasan sejati!

KENYATAAN sinis daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang bertanya sama ada Malaysia kini ‘kembali ke era Residen British’ dilihat sebagai cubaan murahan menghidupkan semula propaganda lama untuk menanam kebencian terhadap kerajaan pusat.

Persoalan itu bukan sahaja tidak berasas, malah memperlihatkan kejahilan sejarah dan niat tersirat politik untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya Kerajaan MADANI tunduk kepada kuasa luar.

Kerajaan MADANI kekal berdaulat, bukan boneka kuasa asing

Malaysia hari ini berdiri teguh atas prinsip dasar luar bebas dan aktif, diiktiraf dunia sebagai suara sederhana Islam yang dihormati.

Tidak ada kuasa luar yang ‘menetap di Putrajaya’ seperti Resident British yang pernah mengawal negeri-negeri Melayu.

Segala keputusan negara daripada dasar ekonomi, keselamatan, hingga hubungan antarabangsa — dibuat oleh pemimpin yang dipilih rakyat, bukan oleh penjajah atau syarikat asing.

Sebaliknya, Kerajaan MADANI membina hubungan seimbang dengan semua pihak: Timur Tengah, ASEAN, China, Jepun, Eropah dan Amerika, bagi membuka pasaran baharu, bukan menyerah kedaulatan.

Pas cuba hantar isyarat bahaya yang tidak wujud

Apabila Pas gagal menjawab isu-isu sebenar rakyat seperti harga air naik, premium tanah meningkat, dan pengurusan hasil negeri yang lemah, mereka kembali menggunakan naratif klasik:

“Kerajaan pusat dikawal asing.”

Hakikatnya, rakyat Terengganu tahu siapa sebenarnya yang menyerahkan aset negeri kepada pihak luar atas nama ‘pelaburan’, siapa yang bergantung sepenuhnya kepada royalti petroleum tanpa membangunkan ekonomi rakyat.

Pas cuba mencipta musuh khayalan untuk menutup kegagalan mereka mengurus pentadbiran sendiri.

Ironi: Pas sendiri hidup dengan ideologi import

Lebih pelik, parti yang menuduh kerajaan ‘ikut telunjuk Barat’ itulah yang mengambil inspirasi politik dan ideologi daripada gerakan luar seperti Ikhwanul Muslimin dan revolusi Islam Iran.

Pas menentang dasar luar kerajaan kononnya kerana ‘pengaruh asing’, tetapi tidak pernah mengaku bahawa gerakan mereka sendiri lahir daripada import ideologi Timur Tengah.

Era penjajahan sudah lama berakhir yang wujud kini ialah penjajahan persepsi

Apa yang sebenarnya sedang berlaku ialah penjajahan minda dan persepsi oleh kelompok politik yang menjadikan nostalgia kolonial sebagai senjata politik.

Mereka mahu rakyat percaya bahawa setiap pelaburan asing adalah bentuk penjajahan sedangkan pelaburan itulah yang membuka peluang pekerjaan, teknologi dan pembangunan untuk negeri-negeri seperti Terengganu.

Kerajaan MADANI tidak tunduk kepada kuasa asing. Ia hanya tunduk kepada mandat rakyat.

Naratif baharu: Malaysia maju, berdaulat, dan berprinsip

Malaysia kini membina landasan baharu era kemerdekaan ekonomi dan diplomasi matang.

Bukan lagi zaman Residen British, tetapi zaman rakyat bebas menentukan masa depan sendiri, dengan kerajaan yang menegakkan maruah negara tanpa slogan kosong.

“Kedaulatan bukan ditentukan oleh siapa yang kita lawan, tetapi oleh sejauh mana kita berani berdiri sendiri tanpa menipu rakyat.”

Kenyataan seperti ‘Malaysia kembali ke era Residen British’ hanyalah propaganda murahan.

Yang sedang berlaku bukan penjajahan semula oleh Barat, tetapi percubaan ‘mind control’ oleh segelintir politikus yang ketandusan idea dan takut kehilangan pengaruh.

“Malu ke sek kuale teganu buleh MP peseng gining, takdok mende cerdik tubik mulut, tubik cakap je mesti baharambang.”

Related Posts

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan umat: Antara realiti dan retorik politik

KENYATAAN terbaharu oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengangkat tema ‘Perpaduan Umat Menghadapi Musuh Yang Nyata’ kelihatan penuh semangat dan sarat dengan dalil agama. Namun, di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL