
MEDIA yang beroperasi secara sah melalui lesen yang dikeluarkan kerajaan seharusnya bertindak sebagai ejen pembinaan negara bangsa yang unggul.
Sekalipun operasi mereka terarah kepada sesuatu bahagian kehidupan, umpamanya hiburan, sukan, politik, pertanian, kembara, perniagaan, atau juzuk-juzuk yang lain, perkara teras itu sama sekali tidak boleh dilanggar.
Kewajipan ini terpakai kepada semua jenis media termasuklah media sosial namun yang lebih utama media awam yang berdaftar dan mendapat kelulusan kerajaan.
Pada setiap masa mereka perlu menjunjung aspirasi negara seperti menyemai nilai murni, meningkatkan kualiti jati diri rakyat, membijaksanakan akal budi, menentang rasuah, dan mengelakkan permusuhan kaum.
Sekalipun pihak yang memiliki media itu bertentangan sudut pandang politik dengan kerajaan, tidak ada kewajaran untuk mereka memperlihatkan kebiadaban terutama dalam siaran langsung.
Ringkasnya, media yang bertanggungjawab sentiasa memperlihatkan adab,
membijaksanakan akal budi masyarakat, mengukuhkan jati diri rakyat, dan tidak menggalakkan kebencian.
Termasuk dalam definisi “tanggungjawab” ini ialah menghormati pemimpin dan bertindak matang dalam melaksanakan sesuatu kritikan.
Malangnya itu tidak berlaku dalam sesetengah syarikat media dan perkara itu nampak sangat jelas kebelakangan ini.
Pelanggaran “kod etika sosial” itu terpapar dengan sangat jelas apabila Khairi Jamaluddin (KJ) “๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ท๐ถ๐ป๐ด” Perdana Menteri dalam siaran ๐ญ๐ช๐ท๐ฆ Hot FM kelmarin.
Penganjingan itu dinikmati sepenuhnya oleh pihak yang terlibat dalam siaran tersebut seolah-olah subjek isu itu hanyalah budak-budak tepi jalan; bukannya pemimpin tinggi negara.
Sebagai sebuah media siaran radio awam; bukannya saluran politik, Hot FM tidak seharusnya bertindak sedemikian.
Kalaupun itu saluran radio politik, batasnya tetap juga perlu dijaga; sekurang-kurangnya kedudukan Perdana Menteri dihormati.
Hot FM perlu tahu arah tuju mereka dan sentiasa melihat apa-apa yang tercatat berkaitan lesen operasi mereka.
Perlu diingat bahawa ini bukannya soal kebebasan bersuara, tetapi ini ๐จ๐๐ก๐๐ ๐๐ช๐ฃ๐ ๐ก๐๐จ๐๐ฃ.
Hot FM juga perlu tahu bahawa KJ telah banyak kali mempamerkan akhlak buruknya dalam ๐ฑ๐ฐ๐ฅ๐ค๐ข๐ด๐ต ๐๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฝ dengan mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan secara dangkal.
Kejahatan dan bau najis itu kini dibawanya ke dalam Hot FM yang jelas sekali beroperasi sebagai siaran radio umum.
Seorang rakan penulis berkata, kalau ini berlaku pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir, ada kemungkinan Hot FM dah kena ๐ฃ๐ข๐ฏ๐ฏ๐ฆ๐ฅ dan kerjaya KJ pun silap-silap hilang macam tu saja.
Kata rakan penulis itu lagi, sikap seumpama itu boleh menyebabkan ada pihak yang kena lokap terus dan 60 hari ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ bawah ๐๐ฆ๐.
Yang penting, kelihatan sedang sohor kini hashtag ๐๐ผ๐ถ๐ธ๐ผ๐ ๐๐ผ๐ ๐๐ dan ini juga peringatan kepada Johan yang sekepala dengan KJ dalam siaran Hot FM itu.
Kata rakan penulis juga, bersedialah kalau filem yang nak keluar nanti ๐ง๐ญ๐ฐ๐ฑ di pawagam.
Jadi, kalau Hot FM mahu selamat, mohon maaf segera, tetapi maaf saja mungkin tidak mencukupi.
Ada baiknya Hot FM melihat ke mana hala tuju mereka dan menilai kembali kontrak KJ serta-merta.
Seterusnya kata rakan itu lagi, ini bukannya ugutan tapi suatu “rundingan sosial” dan sekiranya Hot FM enggan buka mata pun tidak mengapa kerana pendengar pun boleh buat pilihan sendiri.
#BoikotHotFM
#BoikotKJ
#BoikotJohan
Hot FM faham tak semua ini?