Mencari kejujuran dalam isu sijil halal

ISU sijil halal membabitkan kenyataan Ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada DAP boleh disorot dari banyak sisi. Satu daripadanya sisi kejujuran. Elok kita telusuri sisi tersebut:

  1. Yang sebenarnya memulakan isu ini Menteri Agama – Dr Naim Mokhtar: (Beliau jujur mahu mensejahterakan masyarakat berbilang bangsa dan agama mengikut kaca matanya, cuma mungkin ada sedikit kegopohan iaitu mengumumkan perkara ini sebelum dibawa kepada wadah perbincangan sebenar.)
  2. Wee Jeck Seng kecam kenyataan Menteri Agama: (Kecaman ini tersebar dalam media berbahasa Cina dan disedari banyak pihak tetapi seperti sengaja tidak disentuh seolah-olah tidak pernah berlaku. Jelas ada muslihat di sebalik penyembunyian kecaman ini oleh pihak yang berkepentingan. Jika kecaman itu juga dilayan maka suhu kemarahan rakyat yang mudah terhasut ke atas Teresa Kok tidak begitu tinggi dan itu merugikan penghasut.)
  3. Teresa Kok ulas kenyataan Menteri Agama: (Teresa gopoh dalam aspek ini. Niatnya menjaga kepentingan peniaga termasuklah peniaga kecil dan peniaga Muslim, dilihat dan digembar-gemburkan sebagai tindakan menghalang pelaksanaan peraturan yang sejalan dengan Islam. Sepatutnya Teresa Kok lebih berhati-hati dalam keadaan pihak lawan sentiasa cari peluang mengeruhkan suasana. Niat baiknya itu akhirnya mengundang masalah kepada ketenangan dan keharmonian rakyat angkara kejahatan pihak lawan dan proksi pihak lawan yang ada dalam kerajaan.)
  4. Ketua Pemuda UMNO – Akmal Salleh ambil kesempatan buat tuduhan bahawa kenyataan Teresa Kok ancam agama Islam, tapi dia langsung tidak mengecam kenyataan Wee Jeck Seng bahkan buat-buat tidak tahu berlakunya kecaman itu: (Inilah antara contoh bahawa adanya unsur “api dalam sekam” atau “daulah terpendam” dalam kerajaan. Perkara ini sudah lama berlaku dan melibatkan beberapa watak namun kebanyakannya sudah dihalau oleh parti masing-masing. Dalam hal ini, yang mahu diperlihatkan jahat hanyalah DAP. Itu strategi mereka. Jelasnya tiada kejujuran di sini.)
  5. Orang Islam daripada Amanah termakan hasutan Akmal Salleh: (Inilah satu keadaan yang dikatakan “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Sepatutnya Teresa Kok ditegur tetapi sisi baik yang ada dalam teguran diulas.)
  6. Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Teresa Kok tapi tidak terhadap Wee Jeck Seng: (Mamat Machang ini tidak pernah tidak bodoh. Dalam kamus politiknya lebih-lebih lagi setelah pembangkang gagal dalam operasi Tebuk Atap 2.0, mana ada kejujuran? Kebijaksanaan jauh sekalilah.)
  7. Penasihat PM bagi laporan kepada PMX: (Ini aliran kerja yang betul. Sesuatu permasalahan disorot dengan jujur dan teliti tanpa sebarang sentimen.)
  8. PMX kata kenyataan Teresa Kok timbulkan kekeruhan: (Memang benar kenyataan Teresa Kok telah menimbulkan suasana kurang tenteram dalam kalangan masyarakat tambah-tambah apabila dikocakkan oleh oportunis. PMX jujur memberi teguran namun yang bagusnya itu difahami oleh organisasi Pakatan Harapan.)
  9. UMNO (sebahagian pihak yang beragenda tidak baik), Bersatu dan Pas bertepuk tangan: (Situasi begini menjadi realiti dalam politik negara ini. Pihak yang berkenaan tidak akan berhenti mencari isu sebegini. Mereka tidak mempedulikan kestabilan hidup rakyat. Yang penting, jangka hayat kedudukan politik masing-masing berterusan.)

Demikianlah situasi dalam negara kita sekarang. Banyak betul petualang. Ada yang berlagak alim, ada yang berlagak nasionalis.

Memang bangsat manusia sebegini!

Oleh sebab itu, ahli politik Kerajaan Perpaduan, berhati-hatilah. Jangan mudah terlepas cakap.

Penat betul kami di bawah ini memberi penerangan pada hal banyak hal lain boleh kami fokuskan.

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Hati nurani dalam pembinaan negara bangsa

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang dibentuk oleh jalan berdebu di Baling, jeriji besi penjara, dan pengalaman panjang memahami derita rakyat dari bawah. Negarawan yang melihat kuasa sebagai amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak