Fitnah qazaf: Sampai bila mahu dibiarkan?

FITNAH berkaitan qazaf sudah berakar umbi dalam landskap politik tanah air dan itu menjadi senjata paling ampuh oleh sesuatu pihak untuk menjatuhkan lawan terutama apabila usaha cara lain tidak relevan.

Individu berprofil tinggi yang menjadi mangsa percaturan politik tidak bermoral ini tidak lain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Dua kali beliau menjadi mangsa percaturan keji itu – pertama, ketika negara ini ditadbir Perdana Menteri Keempat (PMIV); kedua, berlaku pada zaman Perdana Menteri Keenam (PMVI).

Atas sikap zuhud dan pemaafnya, DSAI yang kini mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) tidak meletakkan hal itu sebagai suatu langkah pembetulan.

Dari satu segi, itu sangat bagus kerana sikap besar jiwa sedemikian akan memberikan rakyat suatu pengajaran bahawa pemimpin besar tidak sesekali membalas dendam.

Pemimpin berkelas dunia menumpukan usaha memulihkan negara serta memerangi jenayah yang melibatkan kerugian ke atas rakyat.

Sungguhpun begitu, langkah membiarkan fitnah qazaf hidup dan kian berleluasa sangat berbahaya, bukan sahaja kepada mangsa, bahkan imej dan kesucian Islam itu sendiri.

Kes terkini: Fitnah qazaf ke atas Cik Yanie

Beberapa hari kebelakangan ini timbul isu hangat yang membabitkan fitnah qazaf ke atas Cik Yanie – pempengaruh yang pro-Pakatan Harapan (pro-PH).

Dengan gelaran yang buruk-buruk, pempengaruh berasal dari Terengganu itu difitnah berbuat onar dengan lelaki berlainan di sebuah Hotel Oyo di negara ini.

Antara media sosial yang begitu agresif menyebarkan tuduhan tersebut ialah akaun Facebook “Kepak Utara”; dipercayai penyokong sebuah parti politik pembangkang.

Sesiapa yang pernah singgah di dinding akaun media sosial itu beberapa hari yang mutakhir ini pasti akan melihat betapa jahatnya permainan politik akaun itu.

Admin akaun media sosial tersebut menyebarkan maklumat daripada pihak lain dengan meletakkan teks yang secara terang dan jelas menjatuhkan maruah Cik Yanie.

Hantaran itu sebahagiannya disambut oleh penyokong pembangkang, seolah-olah hal itu sahih berlaku pada hal semua itu bersifat tuduhan liar.

Kecaman demi kecaman ke atas pempengaruh pro-PH itu seakan-akan dilakukan oleh manusia yang langsung tidak terdidik oleh ajaran Islam.

Seolah-olah langsung tiada perasaan takut akan dosa dalam diri admin dan penyokong pembangkang yang terlibat dengan penyebaran isu tersebut.

Perlakuan mereka menimbulkan beberapa tanda tanya, antaranya – adakah itu hasil didikan ulama dalam keadaan mereka mendabik dada bahawa mereka sayang ulama?

Lagi satu tanda tanya yang timbul, ke mana perginya suara ulama sanjungan mereka apabila pejuang ulama itu berperangai lebih jahat daripada orang bukan Islam begitu?

Bagi menjelaskan perkara ini, pempengaruh pro-PH yang menjadi mangsa fitnah qazaf itu membuat penjelasan antaranya melalui satu klip video.

Dalam penjelasannya itu banyak tuduhan ke atasnya telah disanggah dan satu laporan polis telah dibuat.

Yang kita tunggu sekarang, adakah laporan polis itu dua ini boleh menjawab semua kebimbangan kita berkenaan fitnah qazaf sebegini.

Alangkah baiknya jika perkara ini benar-benar diberi perhatian. Pun begitu, jika itu terus juga dibiarkan, sampai bila kita harus menunggu untuk melihat tertegaknya keadilan?

Jawapannya ada pada kementerian yang berkenaan dan kita hanya mampu menunggu dengan penuh harapan.

Ya, begitulah!

Related Posts

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan