Mahkamah tetap tarikh sebutan semula kes pengubahan wang haram esok

TAWAU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan Khamis (esok) sebagai tarikh sebutan semula kes pengubahan wang haram membabitkan seorang Penolong Pengurus Besar sebuah syarikat perlombongan emas di Bukit Mantri Tawau.

Majistret Don Stiwin Malanjum ketika menetapkan tarikh berkenaan turut membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Tertuduh berumur 50 tahun itu menghadapi empat pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah keseluruhan RM230,000 antara tahun 2021 hingga 2023.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, Vivian Thien Shin Ying manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM75,000 daripada akaun Kedai Emas Sri Hawa ke dalam akaun Hong Leong Bank miliknya antara 17 April 2021 hingga 28 Oktober 2021 di Cawangan Tawau.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima RM55,000 daripada akaun sama ke dalam akaun Public Bank miliknya antara tarikh yang sama di Cawangan Damansara Utama, Selangor.

Sementara pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima RM60,000 daripada akaun Kedai Emas Sri Hawa ke dalam akaun Hong Leong Bank miliknya antara 6 Mei 2022 hingga 2 Februari 2023 di Tawau.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh turut didakwa menerima RM40,000 daripada akaun yang sama ke dalam akaun Public Bank miliknya antara 5 Mei 2022 hingga 2 Februari 2023 di Damansara Utama.

Semua transaksi terbabit dipercayai melibatkan wang hasil daripada aktiviti haram dan dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengurusan syarikat perlombongan tempat tertuduh bekerja.

Kes itu disiasat oleh Asisten Superintenden Liew Yu Wee susulan laporan polis yang dibuat oleh pengasas Bahvest Resources Berhad dan pemilik Southsea Gold Sdn Bhd selepas mendapati berlaku urus niaga penjualan emas secara haram daripada lombong milik syarikat antara 2020 hingga 2022.

Syarikat itu dilapor mengalami kerugian dianggarkan lebih RM20 juta akibat aktiviti penyelewengan hasil jualan emas di tapak perlombongan berkenaan.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia