Wanita 24 tahun dilapor hilang di Kuching, polis mohon bantuan orang ramai

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Tabuan Laru, di sini, pada 25 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Marianna Liew Ai Jia, 24, bekerja sebagai jurujual dan tinggal di Lorong 4A3, Tabuan Laru, Kuching.

Menurut beliau, wanita itu dipercayai keluar dari rumah pada kira-kira jam 3.30 petang dengan memandu sebuah kereta Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran QAS9590.

“Mangsa dilaporkan keluar memakai baju T-shirt putih dan skirt hitam sebelum gagal dihubungi oleh ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Marianna untuk tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Ketua Polis Balai Tabuan Jaya, Sub Inspektor Richard Anak Sanut di talian 017-8505555, atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16