
KOTA BELUD – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon di Dewan Undangan (DU) Pintasan pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) DU Sabah.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Nanamun, Kota Belud, malam semalam (Selasa).
Menurut Bung, semua calon yang dicadangkan oleh parti berkelayakan, namun BN hanya akan memilih calon paling berpotensi untuk menang dan diterima rakyat.
“Semua calon yang dicadangkan mempunyai kelayakan masing-masing, tetapi kita akan memilih calon terbaik calon yang mampu menang dan membawa suara rakyat.
“Saya menyeru semua jentera BN supaya bersatu dan tidak berpecah,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Nur Fikri Halim Thakdim, 21 tahun, seorang pengusaha ikan dari Kampung Pintasan ketika ditemui berkata, dia berharap calon yang dipilih kelak dapat membawa pembangunan ke kawasan mereka.
“Kami di Pintasan cuma mahu wakil rakyat yang benar-benar turun padang dan membangunkan kampung kami,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Jamlan Makuntang turut menyuarakan harapan agar calon yang menang pada PRU17 nanti memberi tumpuan kepada agenda pembangunan pelancongan dan pertanian di kawasan Pintasan.






