LKIM mohon kerajaan nilai semula SST ke atas peralatan nelayan B40

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memohon kerajaan supaya menilai semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap input serta peralatan perikanan yang digunakan oleh golongan nelayan berpendapatan rendah.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, ramai dalam kalangan nelayan B40 kini berdepan peningkatan kos operasi, terutamanya dari segi bahan api, minyak dan alat ganti bot.

“Harga ikan kekal statik, tetapi kos peralatan menangkap ikan pula meningkat berikutan SST.

“Justeru, kita minta kerajaan pertimbang pengecualian SST terhadap sektor ini supaya nelayan kecil tidak terus terhimpit,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kesan peluasan skop SST yang kini turut melibatkan komuniti nelayan, termasuk penternak sangkar ikan dan udang.

Katanya, sektor perikanan merupakan nadi utama dalam ekosistem makanan negara dan wajar diberi perhatian lebih serius oleh pembuat dasar.

“Pembangunan negara tidak boleh berlaku jika rakyat terputus bekalan makanan. Kita perlukan sistem bekalan yang stabil dan berkualiti,” tambahnya.

Muhammad Faiz turut melahirkan kebimbangan jika tekanan kos berterusan, ia boleh mematahkan semangat nelayan untuk ke laut, sekaligus mengganggu keseluruhan rantaian bekalan ikan negara.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa setakat ini belum ada data rasmi yang menunjukkan penurunan ketara dalam aktiviti penangkapan ikan sejak SST dilaksanakan semula.

Related Posts

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan dasar tidak berpihak secara aktif dengan mengekalkan hubungan kerja bersama semua rakan dagang utama, sekaligus meletakkan negara sebagai rakan yang stabil dalam rantaian bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen