Rundingan tarif Malaysia-AS diramal hasil ‘menang-menang’

PUTRAJAYA – Malaysia yakin rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif import dapat mencapai situasi ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia akan meneruskan perbincangan dengan pihak pentadbiran AS sehingga 1 Ogos ini.

“Kita mendapat lanjutan perbincangan sehingga 1 Ogos ini. Ia sebenarnya soal masa. Kita perlukan lebih masa kerana perlu membabitkan semua pihak berkepentingan iaitu industri, agensi dan kementerian.

“Bukan mudah kerana ada isu-isu yang perlu dibincang secara lebih mendalam. Sebab itu kita minta lebih masa.

“Saya masih optimistik bahawa dengan lanjutan masa ini, kita boleh capai kesimpulan rundingan,” katanya dalam satu temu bual bersama Bloomberg TV.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, perbincangan turut menjurus kepada sasaran sifar tarif kepada beberapa sektor tertentu.

“Sekarang ini perbincangan lebih kepada purata tarif. Namun saya masih optimistik untuk sektor tertentu, kita masih boleh bincang (sifar tarif).

“Contohnya, semikonduktor dan farmaseutikal masih dikecualikan daripada tarif 10 peratus yang diumumkan oleh Donald Trump. Jadi, kita berharap untuk kekalkan kadar sifar bagi eksport penting ke AS, terutama semikonduktor,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, selain isu mengenai semikonduktor dan eksport ke China membabitkan cip, perbincangan tertumpu lebih kepada isu pertanian kerana kedua-dua negara mempunyai standard pertanian yang berbeza.

“Ini semua bukan isu tarif. Dari segi tarif, kita hampir selesai. Tarif kita ke AS memang sudah rendah, purata tarif dikenakan sekitar 5.6.

“Sebab itu saya masih optimistik. Namun, ia masih tertakluk kepada persetujuan AS. Rundingan masih berjalan,” katanya.

Related Posts

Sabah di landasan stabil, Ekonomi Biru serta PuTERA35 pacu lonjakan nilai Bumiputera

KOTA KINABALU – Sabah merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi negara dan berada pada landasan pertumbuhan yang stabil apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM84.30 bilion pada 2024,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Biru pemacu baharu ekonomi Sabah, sasar pertumbuhan nilai tinggi

KOTA KINABALU – Ekonomi Biru akan menjadi pemacu strategik dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi mentransformasikan struktur ekonomi negeri ke arah pertumbuhan bernilai tambah tinggi, inklusif dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis