Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.

Acara penuh warna-warni yang berlangsung di Lanai Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) itu dianjurkan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Tourism Malaysia.

Menariknya, majlis sambutan berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, Malaysia memiliki keistimewaan tersendiri sebagai sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni dan sentiasa saling meraikan kepelbagaian perayaan.

Menurutnya, sambutan Vaisakhi yang sinonim dengan komuniti Sikh di negara ini membawa mesej perpaduan mendalam, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kebersamaan, rasa hormat serta kesatuan rakyat.

“Perayaan seumpama ini tidak sekadar sarat dengan nilai spiritual dan budaya, tetapi turut berfungsi sebagai platform strategik untuk mempromosikan kepelbagaian warisan kita kepada pelancong luar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, penganjuran pesta itu ternyata berjaya memikat hati pelancong asing dari pelbagai negara termasuk China, India dan Eropah yang teruja merasai sendiri keunikan masyarakat majmuk di bumi bertuah ini.

Tambah Choon Man, keunikan Malaysia terletak pada keharmonian rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang budaya yang dizahirkan menerusi perkongsian makanan, muzik, tarian serta kemeriahan perayaan.

Susulan itu, tegasnya, MOTAC bersama Tourism Malaysia akan terus komited mendokong dan mempromosikan acara kebudayaan sebegini demi memperkukuhkan perpaduan, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan domestik.

“Keunikan kepelbagaian budaya ini adalah kekuatan utama Malaysia yang akan terus dipelihara serta diraikan secara bersama,” ujarnya.

Related Posts

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

KUCHING – Berita gembira buat warga Muara Payang apabila projek pembinaan infrastruktur jalan raya bernilai RM47 juta kini bermula secara rasmi, sekali gus bakal membawa limpahan manfaat kepada penduduk sekitar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen