Lelaki dengan lebih 40 rekod jenayah mati bersama rakan ditembak polis

KUBANG PASU – Polis menembak mati dua lelaki tempatan disyaki penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk Lebuhraya Utara-Selatan di Bandar Darul Aman, di sini pada pukul 8.05 pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kejadian berlaku setelah pihak polis mendapati sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, kenderaan itu tidak diberhentikan walaupun anggota polis sudah memberi arahan demikian bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dibuat.

“Suspek yang tidak memberi kerjasama telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis sehingga berlaku berbalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua suspek maut di dalam kenderaan di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu telah menjumpai dua pucuk pistol jenis revolver dan semi auto, beberapa butir peluru hidup, sebilah parang dan beberapa alatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, hari ini.

Fisol berkata, hasil semakan terhadap salah seorang suspek yang berusia 41 tahun mendapati lelaki itu mempunyai lebih 40 rekod jenayah lampau, manakala identiti seorang lagi suspek masih belum diketahui berikutan tiada pengenalan diri.

“Kita percaya mereka terlibat dalam kumpulan besar yang melakukan jenayah kekerasan di seluruh negara, antaranya melibatkan kes pengedaran dadah, gengsterisme, pecah kilang dan samun. Kumpulan ini dipercayai mula aktif sejak 2020.

“Setakat ini, forensik telah menjumpai tiga kelongsong peluru di lokasi kejadian dan proses siasatan masih dijalankan.

Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai terlibat dalam kumpulan penjenayah yang terlibat dalam pelbagai jenis jenayah berat.

“Kita sedang siasat sama ada suspek-suspek ini terlibat dengan kumpulan penjenayah di Klang, Selangor. Kumpulan itu dipercayai mempunyai lebih 30 ahli dan polis akan mengambil tindakan lebih agresif selepas ini,” katanya.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan