KPT perkasa, tingkat taraf sosioekonomi komuniti luar bandar

KOTA BELUD – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti luar bandar bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan serta kualiti hidup mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, usaha itu dibuat menerusi sumbangan dan bimbingan oleh tenaga pakar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata, program Jelajah Pendidikan Tinggi untuk Komuniti@Sabah di Sekolah Kebangsaan (SK) Keguraan antara medium KPT untuk mendekatkan golongan pakar di menara gading dengan rakyat di luar bandar

“Pelbagai program pemindahan ilmu diadakan menerusi pelaksanaan kursus-kursus pendek dan pameran Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Inilah usaha Kementerian dan IPT untuk memastikan ilmu dan kepakaran sampai ke akar umbi, bukan hanya berada di kampus,” katanya semasa merasmikan Jelajah Pendidikan Tinggi untuk komuniti@Sabah di SK Keguraan, pada Sabtu.

Mustapha yakin, program seumpama itu memanfaatkan warga Kota Belud.

“Menerusi program ini juga, pihak KPT membawa perkhidmatan teknikal seperti pemasangan solar oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kolej Komuniti Beaufort.

“UMS turut turut memberi perkhidamatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat daerah ini,” ujarnya.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menyeru ibu bapa dan masyarakat agar sentiasa menyokong anak-anak untuk melanjutkan pelajaran selain tidak menjadikan kekangan ekonomi atau lokasi penempatan sebagai halangan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Program turut menyaksikan penyerahan surat tawaran kemasukan ke Univesiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Wang Pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri