QADIRABAD – Pakistan memindahkan lebih sejuta penduduk di kawasan dilanda banjir paling teruk dalam beberapa dekad, yang sudah meragut lebih 800 nyawa sejak Jun lalu.
Kawasan paling terus terjejas ialah di wilayah Punjab, yang menyaksikan banjir terburuk dalam 39 tahun, menyebabkan malapetaka di ratusan kampung dan menenggelamkan tanaman bijirin.
Pihak berkuasa pengurusan bencana Punjab berkata, hujan monsun lebat dan pembebasan air berlebihan dari empangan menyebabkan tiga sungai mengalir ke wilayah timur, memaksa pihak berkuasa memecahkan tebing sungai di beberapa tempat, menyebabkan banjir di lebih 1,400 kampung.
Penduduk kampung seperti Qadirabad berjalan meredah air sehingga ke paras dada mereka pada Khamis selepas Sungai Chenab melimpah, menyebabkan banjir kilat.
Pegawai berkata, banjir bertambah buruk di Punjab sehingga rumah kepada separuh penduduk Pakistan dan pengeluar utama gandum, beras dan kapas tenggelam selepas pelepasan air ke tiga sungai, Ravi, Sutlej dan Chenab, dari empangan India yang penuh.
India, yang secara rutin mengeluarkan air dari empangan apabila terlalu penuh, menyampaikan tiga amaran banjir kepada jirannya, Pakistan minggu ini, menggelarnya sebagai langkah kemanusiaan.
Kedua-dua negara sedang bergelut dengan musim tengkujuh yang menyebabkan banjir kilat.







