Penggodam dari ‘China’ aktif lancar serangan siber

LONDON – Agensi keselamatan siber antarabangsa menggesa semua pihak memperkukuh pertahanan terhadap rangkaian sulit yang digunakan penggodam berkait dengan China untuk menyembunyikan aktiviti siber berniat jahat.

Perkara itu didedahkan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan Britain (NCSC) dalam buku panduan mengenai pencegahan serangan siber.

NCSC menerbitkan panduan baharu itu bersama pihak industri dan 15 rakan antarabangsa dari lapan negara lain iaitu Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Jerman, Jepun, Belanda, New Zealand dan Sepanyol.

Rangkaian sulit itu, lazimnya terdiri daripada peranti harian bersambung internet yang terdedah seperti penghala rumah dan peranti pintar, digunakan untuk menyasarkan sektor kritikal di seluruh dunia, mencuri data sensitif serta mengekalkan akses berterusan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat perubahan yang disengajakan oleh kumpulan siber berpangkalan di China.

“Mereka menggunakan rangkaian ini untuk menyembunyikan aktiviti berniat jahat mereka dalam usaha mengelakkan tanggungjawab,” kata Pengarah Operasi NCSC, Paul Chichester.

Kementerian Luar China tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan Reuters untuk komen.

Panduan baharu itu – yang dikeluarkan bersama agensi termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan AS – memberi amaran bahawa serangan sedemikian sukar dikesan kerana bukti boleh hilang dengan cepat, sekali gus menyukarkan usaha untuk mengekang aktiviti berkenaan.

Nasihat itu dikeluarkan sehari selepas ketua NCSC, Richard Horne, memberi amaran supaya Britain bersiap sedia menghadapi peningkatan serangan siber secara langsung atau tidak langsung daripada negara seperti China, Iran dan Rusia.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah