Lebih RM1 juta peruntukan UNIFOR disalur kepada gereja di Telang Usan

MIRI – Kerajaan Sarawak menyalurkan sebanyak RM1.032 juta menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada beberapa gereja di kawasan Telang Usan bagi menyokong urusan keagaamaan, keharmonian antara agama serta pembangunan komuniti khususnya di kawasan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, penyaluran peruntukan tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan institusi keagamaan tanpa mengira latar belakang agama atau lokasi.

Menurut beliau, pelaksanaan pembangunan yang menyeluruh amat penting bagi memastikan masyarakat di luar bandar dan pedalaman terus menikmati kemudahan serta kesejahteraan yang sewajarnya.

“Peruntukan ini bertujuan membantu gereja melaksanakan projek yang telah dirancang dan seterusnya memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat,” katanya semasa Majlis Penyerahan Peruntukan UNIFOR kepada gereja-gereja di kawasan Telang Usan di Pusat Khidmat Rakyat N.77 Telang Usan, pada Khamis.

Antara penerima iaitu Borneo Evangelical Mission (BEM) Long Lutin yang menerima RM300,000, The Bishop of Miri Gereja Katolik Emmanuel Long Apu (RM250,000), Gereja St Peter Long Sobeng (RM125,000) dan BEM Long Anyat (RM150,000).

Selain itu, The Bishop of Miri – Gereja St. Petrus, Long Palai menerima peruntukan berjumlah RM107,000, manakala Lembaga Pengurusan Sekolah Kebangsaan St Pius diperuntukkan RM100,000 yang disalurkan melalui dua cek bernilai RM87,000 dan RM13,000.

Dennis menegaskan semua penerima perlu menggunakan peruntukan tersebut mengikut kelulusan yang diberikan serta mengamalkan pengurusan kewangan yang telus dan berhemah.

“Setiap perbelanjaan perlu direkodkan dengan baik supaya peruntukan ini benar-benar memberi manfaat kepada komuniti di samping memudahkan pemantauan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang perubahan kepimpinan di peringkat gereja tidak seharusnya menjejaskan pelaksanaan projek yang telah diluluskan, memandangkan peruntukan UNIFOR adalah untuk kepentingan institusi dan masyarakat setempat.

Majlis berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam menyokong keharmonian masyarakat berbilang agama serta pembangunan institusi keagamaan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎