Lebih 20,000 kandungan palsu berkait isu 3R diturunkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,791 kandungan palsu serta 6,840 kandungan jelik berkaitan isu 3R (kaum, agama, raja) telah diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan MCMC bagi memastikan ekosistem rangkaian internet lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna.

“MCMC juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet dan media sosial bagi memastikan keselamatan dan keharmonian ruang siber serta pematuhan undang-undang negara.

“Dalam menangani isu berkaitan akaun palsu, fitnah, dan hasutan, sebanyak 10,167 akaun palsu dan 130 kandungan berunsur fitnah di media sosial telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan dengan kerjasama MCMC bagi tempoh 2022 sehingga 1 Februari 2025.

“Pada masa yang sama, sebanyak empat laman sesawang berunsur hasutan dan satu laman sesawang berunsur fitnah telah dikenakan tindakan sekatan,” katanya pada sesi penggulungan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.

Selain itu, katanya Chatbot AIFA (Artificial Intelligence Fact-Check Assistant) yang dilancarkan pada 28 Januari lalu juga telah memproses lebih 50,000 mesej.

    Katanya antara pertanyaan yang berada di lima tangga teratas chatbox AIFA merangkumi topik bantuan Kerajaan, covid-19 Bukit Mahkota, dakwaan Israel bakal jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa, kenaikan tarif elektrik dan Mpox di Singapura.

    “Dalam tempoh tiga minggu dilancarkan, iaitu sehingga 23 Februari 2025, chatbot AIFA telah menerima dan memproses sejumlah 57,782 mesej dengan purata 2,140 mesej setiap hari,” katanya.

    Related Posts

    Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

    KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

    MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

    Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

    Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

    Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

    Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

    Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

    Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

    Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

    JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

    JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

    80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

    80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China