Lebih 2,000 graduan TAS Institute perkukuh industri minyak dan gas Sabah

KOTA KINABALU – Lebih 2,000 graduan berjaya dilahirkan oleh TAS Institute of Oil & Gas sejak penubuhannya, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini serta seluruh negara.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari konvokesyen bukan sekadar simbol penerimaan sijil, sebaliknya membuktikan komitmen jangka panjang institusi tersebut dalam melatih modal insan tempatan bagi memenuhi keperluan industri.

“Hari ini bukan sekadar majlis penyampaian sijil, tetapi bukti kesungguhan kita membangunkan bakat anak Sabah dalam sektor strategik ini. Kerajaan Negeri meletakkan pembangunan modal insan sebagai keutamaan kerana inilah asas kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS menjadi titik perubahan penting dalam memperkasa syarikat tempatan serta memberi penekanan kepada pembangunan tenaga kerja mahir dalam kalangan rakyat Sabah.

“Kerjasama strategik ini membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Sabah untuk berkembang, di samping memastikan bakat tempatan diberi ruang sewajarnya dalam rantaian nilai industri minyak dan gas,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-12 institut berkenaan, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan II, Datuk Sr. Mohd Ishak Ayub yang merasmikan majlis tersebut bagi pihaknya.

Menurut Masidi, Sabah kini muncul sebagai pengeluar minyak mentah terbesar Malaysia dan berada pada kedudukan kukuh untuk menerajui fasa pertumbuhan tenaga seterusnya, khususnya dengan peningkatan aktiviti luar pesisir dan pembangunan di perairan dalam.

“Dengan perkembangan ini, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi, kompeten dan mengutamakan keselamatan.

“Latihan yang memenuhi piawaian antarabangsa amat penting bagi memastikan kita kekal berdaya saing.

“Saya berharap para graduan tidak berhenti di sini. Teruskan belajar, tingkatkan kemahiran dan bina reputasi sebagai tenaga kerja yang boleh dipercayai. Anda adalah aset penting dalam membina masa depan Sabah yang lebih kukuh, berdikari dan makmur.

“Pengorbanan, dorongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap anak-anak memainkan peranan penting dalam memastikan pencapaian ini. Sokongan ibu bapa membolehkan mereka meneruskan kerjaya dalam industri yang sedang berkembang ini, sekali gus menyumbang kepada tenaga kerja masa depan dan kekuatan ekonomi Sabah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Masidi turut mengumumkan sokongan penuh Kerajaan Negeri terhadap penganjuran OGSE Sabah Conference yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Persidangan sulung anjuran Sabah Oil and Gas Services Council (SOGSC) dan Persatuan Kontraktor Petroleum Bumiputera Sabah (PKPBS) itu menyasarkan peningkatan penyertaan syarikat Sabah dalam kontrak OGSE daripada hampir 40 peratus pada 2025 kepada 60 peratus menjelang 2026.

“Persidangan ini penting untuk menetapkan hala tuju yang jelas dalam meningkatkan penyertaan syarikat Sabah dalam kontrak OGSE. Kita telah mencatat hampir 40 peratus pemilikan kontrak pada tahun lalu dan kita yakin sasaran 60 peratus pada 2026 mampu dicapai melalui kerjasama semua pihak,” katanya.

  • Related Posts

    MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

    KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

    KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

    • By Ynom
    • April 16, 2026
    MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

    Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

    Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

    SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

    SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

    ‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

    ‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

    PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

    PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

    Exco akui kelemahan semakan jersi

    Exco akui kelemahan semakan jersi