Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus memperkasakan gagasan Pahang 1st dengan menyalurkan peruntukan berjumlah RM769,481 bagi bantuan kebajikan dan pengimarahan institusi agama sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan hasil negeri dikembalikan terus kepada rakyat yang memerlukan.

Katanya, antara bantuan diagihkan adalah
bantuan individu bersasar sebanyak RM200,550 yang disalurkan kepada 573 penerima.

Penerima bantuan itu adalah anak yatim, ibu tunggal, dan pesakit terlantar dari 13 buah kampung dalam kawasan Jelai.

“Selain itu, hari ini kita juga sampaikan sumbangan dalam bentuk cek membabitkan peruntukan RM308,931 kepada 40 orang penerima manfaat.

“Bagi mengimarahkan masjid dan surau dalam kawasan Jelai dan Tanah Rata, sejumlah RM260,000 diagihkan kepada 21 buah masjid (RM5,000 setiap satu) dan 62 buah surau (RM2,500 setiap satu) bagi menghidupkan aktiviti ibadah sepanjang Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2026, di Laman Sejahtera, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi dan Exco Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Wan Rosdy turut menyeru rakyat agar tidak terpedaya dengan persepsi negatif atau fitnah yang cuba melabelkan kerajaan sebagai lemah.

Beliau menegaskan kekuatan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pelbagai inisiatif kebajikan dapat dilaksanakan secara konsisten.

“Kerajaan Negeri akan terus menjadi benteng kebajikan rakyat. Inilah jambatan yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat, tempat kita hulurkan bantuan dan harapan,” ujar beliau.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat