Lawatan Anwar ke Brazil perkukuh hubungan 65 tahun

LAWATAN rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung semalam hingga 19 November bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik selama 65 tahun selain meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama iaitu pertama, pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula Da Silva, hari ini dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 di bawah kepengerusian Brazil bermula esok hingga 19 November.

“Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang G20 ialah pada 2015 di Turkiye, selaku Pengerusi Asean ketika itu. Tahun 2025 amat signifikan kepada Malaysia dan Brazil.

“Tatkala Malaysia menjadi Pengerusi Asean, Brazil akan menerajui BRICS dan turut menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC),” kata seperti dilapor Bernama.

G20 dianggotai 19 negara dan dua Kesatuan, iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika (AU).

Ia adalah perkumpulan geo-ekonomi amat berpengaruh dalam sosioekonomi, perdagangan dan kewangan dunia selain memainkan peranan penting dalam menentukan piawaian antarabangsa dalam hal ehwal ekonomi dunia.

Dalam pertemuan dua hala antara Perdana Menteri dan Presiden Lula, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Brazil.

“Topik utama perbincangan termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, serta memajukan industri halal yang berpotensi,” katanya.

Malaysia dan Brazil akan turut membincangkan isu global yang berkepentingan bersama seperti perubahan iklim, reformasi institusi antarabangsa termasuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pembaharuan sistem kewangan global.

Mohamad berkata, satu perbincangan meja bulat dengan pemain industri Brazil juga dijadualkan diadakan untuk mempromosikan peluang perniagaan, khususnya dalam sektor semikonduktor dan halal.

Beliau berkata salah satu tumpuan utama lawatan ini adalah penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak G20 yang bertemakan Building a Just World and a Sustainable Planet’ (Membina Dunia dan Planet yang Lestari).

Di bawah Kepengerusian Brazil, G20 akan melancarkan ‘Global Alliance against Hunger and Poverty’ yang bertujuan membasmi kemiskinan dan kelaparan di seluruh dunia.

Tema ini selaras dengan komitmen Kerajaan Madani dalam meningkatkan taraf sosiokonomi rakyat Malaysia, terutamanya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.

Pada Isnin ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menyampaikan pandangan Malaysia dalam dua sesi penting G20: pertama sesi ‘Social Inclusion and the Fight against Hunger and Poverty’ dan kedua sesi ‘Reform of Global Governance Institutions’.

Kedua-dua sesi ini, memberi peluang kepada Malaysia untuk menyuarakan pandangan mengenai inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan dan reformasi sistem pemerintahan global.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat