Lawan bola dengan Sanusi macam jadi tapi…

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya terbuka menerima cabaran daripada Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di Sungai Bakap pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau menzahirkan kebimbangan perlawanan tersebut berkemungkinan tidak akan berlaku susulan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu gemar memberi ‘seribu satu alasan’ untuk tidak terlibat.

Akmal berkata, tujuan perlawanan tersebut diadakan berikutan Sanusi sehingga kini asyik mengelak daripada terlibat dalam debat dengan pentadbiran persekutuan mengenai isu infrastruktur.

“Ada yang tanya jadi tak game (perlawanan) bola esok yang dirancang bermain di Taman Pektra. Saya nak cakap sebelum pukul 3 petang tadi (Sabtu) tak jadi sebab belah sana ‘ding dong, ding dong’ (tiada jawapan) tapi lepas jam 3 petang dia naik poster pula kata jadi main.

“Sebelum ini dia letak pelbagai syarat, kemudian dia tarik balik (syarat). Bayangkan takut esok, saya takut perangai PN (Perikatan Nasional) ni dia suka kalih, silap-silap dia nak main 15 orang. Silap-silap tiang gol pun dia kalih. Itu kerja mereka,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan di Taman Tasek Indah, Simpang Ampat.

Sebelum ini, Akmal membuat pelawaan berkenaan kepada Sanusi pada Ceramah Perpaduan Ahad lepas, di samping menjemput beliau untuk berbincang tentang isu air di kawasan Sungai Bakap.

Sanusi kemudiannya menyahut cabaran itu dalam hantaran menerusi Facebook dan meminta Akmal untuk hadir dengan perbelanjaan sendiri.

Beliau berkata, Akmal tidak seharusnya menggunakan perbelanjaan kementerian melawat loji rawatan air (LRA) tetapi pada masa sama berkempen untuk PRK DUN Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Abidin Ismail dan PH yang diwakili bekas eksekutif logistik yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi