Cikgu Joohari pilih ‘PADU’ sebagai teras manifesto

NIBONG TEBAL – Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Joohari Ariffin malam tadi melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berteraskan empat tawaran utama yang digariskan menerusi akronim PADU. 

Menurut beliau, PADU diambil daripada perkataan perpaduan yang menekankan P iaitu prasarana dan progresif yang menekankan kemudahan awam dalam keadaan baik dan memenuhi keperluan penduduk.

Joohari berkata, ia termasuk bagi memastikan projek-projek infrastruktur air dan lalulintas Projek LRA Sungai Kerian (berkapasiti 114juta LH), Projek Air Perak-Pulau Pinang, pembinaan sambungan jalan di Bandar Tasek Mutiara disempurnakan dengan baik bagi mengatasi permasalahan setempat.

“Selain itu, fasiliti wad bersalin dan rawatan pakar geriatrik di Hospital Sungai Bakap untuk warga emas akan dinaik taraf.

“Seterusnya menjadikan Sungai Bakap sebagai pusat pengeluaran produk mikro halal serta Penyertaan Usahawan Wanita dalam Amanah Ikhtiar Malaysia dan mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE),” katanya.

Bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara itu berkata demikian semasa membentangkan Iltizamnya di pentas Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap di Padang Lalang, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Joohari berkata, akronim A – akhlak, akademik dan anak muda iaitu mahu meningkatkan akhlak dan kecemerlangan akademik anak muda di kawasan Sungai Bakap.

“Bagi D pula merujuk kepada damai yang mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan pelbagai etnik dengan pengukuhan institusi keluarga.

“Seterusnya U yang bermaksud untuk semua yang merangkumi layanan dan perhatian yang adil kepada seluruh masyarakat.

“Ia termasuk memberi fokus kepada keupayaan daya saing belia, anak muda, wanita, pengembangan pendidikan kanak-kanak serta warga emas tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Cikgu Joohari dan bekas eksekutif logistik, Abidin Ismail.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan