Lapangan Terbang Tawau bakal lonjak potensi hab pelancongan Sabah

TAWAU – Lapangan Terbang Tawau (LTT) dijangka melonjakkan lagi potensi pelancongan dengan menerima lebih banyak penerbangan antarabangsa memasuki Malaysia melalui Sabah sebaik projek naik taraf Lapangan Terbang itu selesai. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun LTT belum bertaraf antarabangsa sepenuhnya, ia tetap mampu menerima penerbangan antarabangsa termasuk penerbangan charter (penerbangan khas). 

“Tawau banyak penerbangan antarabangsa oleh sebab itu antara komponen yang kita akan buat ialah mengasingkan penumpang antarabangsa dengan penumpang domestik, kemudahan imigresen serta CIQ (kastam, imigresen dan kuarantin) selain fungsi kawalan turut akan diserapkan ke dalam Agensi Kawalan Sempadan (AKPS) bermula 1 Oktober ini.

“Jadi, dengan adanya kemudahan yang lebih besar, kita juga boleh berbincang dengan syarikat-syarikat penebangan supaya mengadakan penerbangan antarabangsa berjadual iaitu secara harian dan bukan charter sahaja,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Tawau, di sini, pada Jumaat.

Loke berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga giat menarik pelancong luar menerusi pakej khas dan penerbangan charter yang membuktikan Tawau berpotensi tinggi menerima lebih banyak penerbangan berjadual antarabangsa.

“Sekarang ini syarikat pelancongan bukannya tak ada minat, cuma kita punya kapasiti tak boleh memenuhi permintaan mereka. 

“Jadi, sudah tentu kita harap apabila siapnya projek ini nanti, ia akan dapat memenuhi potensi-potensi yang nak datang ini,” katanya.

Jelas Loke, naik taraf ini juga dilaksanakan melalui kaedah ‘design and build’ iaitu kontraktor bertanggungjawab mereka bentuk serta membina terminal baharu dengan mengambil kira ciri tempatan agar mencerminkan keunikan Sabah.

Katanya, penekanan itu diberikan kepada kontraktor berikutan setiap lapangan terbang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Untuk rekod, projek bernilai RM120.9 juta itu dijangka siap dalam 2028 dan berupaya menampung sehingga 2.5 juta pelancong setahun. 

Naik taraf LTT yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) itu merangkumi pembesaran terminal utama dengan penambahan serta pengubahsuaian ruang lantai, penambahan jambatan udara, naik taraf apron pesawat, penambahbaikan sistem penghawa dingin, keselamatan, kawalan akses, lif, eskalator, sistem maklumat penerbangan dan kemudahan moden lain.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi