Laluan Selat Hormuz terganggu, enam kapal Malaysia terkandas

REMBAU – Pergerakan enam buah kapal Malaysia yang masih berada di Selat Hormuz terjejas selepas Amerika Syarikat (AS) bertindak mengepung laluan strategik tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan itu juga akan memburukkan lagi situasi bekalan tenaga dunia selain menjejaskan rantaian ekonomi dan pertanian global termasuk bekalan baja urea.

“Kapal masih ada di sana. Mereka tidak boleh bergerak. Semua kapal juga tidak boleh bergerak.

“Kita minta supaya pihak AS memikirkan semula tindakan mereka ini agar semua pihak kembali berunding kerana ia memburukkan lagi keadaan bekalan tenaga seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Perasmian Mini Konvensyen Ekuiti Usahawan Bumiputera Zon Selatan, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad turut mempersoalkan tindakan AS yang mengepung selat tersebut kerana sebelum ini mereka yang menggesa negara-negara Eropah supaya membantu agar laluan tersebut dibuka.

“Saya tidak tahu apa tujuan pihak AS menggunakan perkataan mengepung Selat Hormuz.

“Kerana merekalah yang melaungkan supaya membawa negara-negara Eropah bersama-sama untuk membuka Selat Hormuz, tetapi sekarang ini mereka yang hendak mengepung Selat Hormuz,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Iran sebelum ini bersetuju membuka laluan tersebut dengan 10 syarat dalam rundingan yang berlangsung di Islamabad namun perkara itu masih bergantung kepada persetujuan pihak AS.

Sehubungan itu, beliau turut meminta AS agar tidak menjadikan dunia sebagai ‘tebusan’ kepada konflik yang tidak membawa manfaat.

“Kita minta pihak Iran memikirkan juga supaya demi kesejahteraan umat dunia, Iran perlu juga membenarkan kapal-kapal melalui Selat Hormuz tersebut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Presiden AS, Donald Trump mengarahkan Tentera Laut negara itu untuk membuat pengepungan di Selat Hormuz susulan kegagalan rundingan damai dengan Iran.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori