Bekalan bahan api stabil, beberapa lokasi catat permintaan tinggi

PUTRAJAYA – Dakwaan beberapa stesen minyak kehabisan bekalan tidak boleh ditafsir secara langsung bahawa Malaysia berdepan kekurangan bekalan bahan api secara menyeluruh.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, isu terbabit hanya melibatkan kes terpencil dan tidak mencerminkan situasi sebenar di Malaysia.

Menurut beliau, kerajaan telah berulang kali memberi jaminan bekalan bahan api negara masih mencukupi dan berada pada tahap terkawal.

“Saya rasa itu adalah kes-kes terpencil. Dia (Perkara itu) bukannya sebab tak ada bekalan. Mungkin dari segi penghantaran dan sebagainya, ada stesen-stesen minyak yang mungkin sudah habis stok dan sebagainya.

“Dan mungkin ada masalah dari segi bekalan daripada pembekal jadi itu bukannya melambangkan bahawa Malaysia sudah habis stok (bahan api),” katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, kes berkenaan berlaku susulan lonjakan permintaan yang tinggi sehingga sesetengah stesen tidak dapat menampung peningkatan mendadak tersebut.

Jelasnya, faktor logistik seperti penghantaran dan permintaan setempat turut menyumbang kepada keadaan stesen minyak kehabisan stok buat sementara waktu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan situasi itu tidak menggambarkan krisis bekalan minyak di Malaysia.

“Ada stesen-stesen tertentu mungkin kadangkala dia punya permintaan terlalu tinggi dan dia habis dan tidak dapat dibekalkan pada masa yang paling cepat.

“Jadi ia itu adalah kes-kes terpencil yang bukannya melambangkan masalah dalam negara kita secara keseluruhannya. Namun begitu itu sesuatu yang perlu ditangani lah oleh pihak syarikat minyak, pihak pembekal dan KPDN sudah tentu akan melihat dalam perkara itu.

Ahad lalu, tular insiden meter pam terus merekodkan jumlah bayaran walaupun bekalan diesel telah habis, susulan stesen minyak berkenaan tidak dilengkapi sistem pengesan isi padu automatik (automatic cut-off) apabila stok kehabisan.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Fuziah Salleh, keadaan itu menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih mahal berbanding harga sebenar diesel yang diisi.

Menurut beliau, KPDN bersama pihak industri sedang memantau situasi ini secara rapi dan langkah pemulihan bekalan sedang dilaksanakan dengan segera

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori