BDR mula esok, lebih 200,000 penjawat awam dijangka terlibat

SHAH ALAM – Lebih 200,000 penjawat awam dijangka terlibat dalam pelaksanaan arahan bekerja dari rumah (BDR) yang bermula esok, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, pelaksanaan BDR bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan masing-masing, berdasarkan keperluan serta kesesuaian tugas.

“Sistem BDR sedia ada mampu menampung sehingga 200,000 penjawat awam, namun bukan semua akan diluluskan kerana ia tertakluk kepada pertimbangan ketua jabatan,” katanya.

Shamsul Azri berkata demikian selepas merasmikan Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Shah Alam, hari ini.

Kerajaan sebelum ini bersetuju melaksanakan dasar BDR susulan krisis tenaga global, selain sebagai langkah penjimatan kos melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pelaksanaan BDR selama tiga hari seminggu itu bertujuan memastikan penggunaan bahan api lebih cekap, di samping mengurangkan kos operasi kerajaan sebagai langkah proaktif menangani krisis tenaga global.

Bagaimanapun, dasar itu hanya terpakai kepada penjawat awam di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor serta semua ibu negeri yang tinggal melebihi lapan kilometer dari tempat kerja.

Dasar berkenaan tidak melibatkan kakitangan dalam sektor keselamatan dan pertahanan, selain sektor kesihatan dan pendidikan.

Terdahulu, ketika berucap pada program sama, beliau menyatakan keyakinan bahawa penjawat awam akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti sepanjang tempoh BDR.

“Kerajaan meluluskan dasar BDR bermula esok, tetapi saya yakin penjawat awam tidak baring, duduk dan rehat, serta tidak membeli-belah di pasar raya,” katanya.

Shamsul Azri turut menegaskan bahawa pelaksanaan BDR tidak boleh dijadikan alasan untuk melambatkan atau menangguhkan program yang telah dirancang.

“Yang diminta ialah melakukan semakan semula program supaya bersesuaian dengan dasar penjimatan sekarang, bukannya membatalkan atau menangguhkan program. Jika ia benar-benar perlu, kita akan laksanakan,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori