Kriteria rasuah SPB-PBT jadikan pihak berkuasa lebih telus, berintegriti

PUTRAJAYA – Inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyenaraikan kriteria baharu berkaitan pencegahan rasuah menerusi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) merupakan langkah yang positif.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, langkah tersebut sejajar dengan misi kerajaan untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti dalam semua institusinya.

Menurut beliau, tindakan tersebut juga dilihat mempamerkan lebih ketelusan selain mampu memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap PBT.

“Walaupun pelaksanaan kriteria antirasuah mungkin memerlukan penyesuaian dalam pengurusan dan operasi PBT, kita percaya ia tidak seharusnya mengganggu urusan harian jika dilaksanakan dengan baik.

“Sebaliknya, tindakan kementerian melaksana usaha membanteras rasuah itu akan memperbaiki proses kerja dengan meningkatkan kawalan dalaman dan ketelusan kewangan,” katanya kepada The Malaysia Press.

SPB-PBT adalah sistem penarafan diperkenalkan kerajaan untuk menilai prestasi dan kecekapan PBT yang berfungsi sebagai mekanisme untuk menilai sejauh mana ia memenuhi standard perkhidmatan ditetapkan, menggalakkan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, serta mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan.

Melaluinya, PBT diberi penarafan bintang berdasarkan prestasi mereka merentas pelbagai kategori, termasuk pengurusan kewangan, penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan pentadbiran.

Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam (PSCR) 2024 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membabitkan PBT di seluruh negara turut dipertimbangkan dalam penarafan tahun ini.

Dalam pada itu, Jais menyakini dengan adanya bimbingan dan sokongan sewajarnya, perubahan tersebut mampu memberi impak positif kepada struktur pengurusan PBT.

Beliau menegaskan penarafan yang lebih telus dilaksana oleh KPKT akan memaksa PBT untuk lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan dan perkhidmatan.

“Dalam tempoh terdekat, PBT mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi kriteria baru, namun ini akan mempercepat pembudayaan integriti, selain inisiatif itu berpotensi melahirkan budaya akauntabiliti yang kukuh dalam PBT.

“Ini sekaligus meningkatkan prestasi keseluruhan. PBT yang mengekalkan standard integriti yang tinggi akan mendapat kepercayaan awam dan membantu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI),” katanya.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memaklumkan sejumlah 12 PBT diturunkan penarafan di bawah SPB-PBT susulan penyenaraian kriteria baharu berkaitan pencegahan rasuah.

Katanya, kriteria penilaian baharu itu diwujudkan bagi memastikan negara dapat meningkatkan kedudukannya dalam ranking CPI.

Related Posts

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun