Seramai 15,000 ketua isi rumah dikeluarkan daripada kelompok kemiskinan – PMX

PADANG RENGAS – Seramai 15,000 ketua isi rumah (KIR) berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar sepanjang tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 80,000 KIR yang telah dikenal pasti dalam senarai miskin tegar tahun 2024.

“Orang miskin masih ada. Sebab itu bila saya ambil alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, saya minta senarai.

“Belanja untuk bantu orang miskin ini berpuluh billion ringgit.

“Miskin tegar ini termasuklah tak cukup duit nak beli susu anak, nak beli pakaian seragam sekolah, makan pun kadang-kadang tak cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau menjelaskan, kerajaan komited membantu rakyat menerusi pemberian bantuan bersasar walaupun sering dikecam segelintir pihak.

“Takkan saya hendak duduk selesa sebagai Perdana Menteri dan biar orang macam itu. Jadi saya kata bagi senarai, kita kena selesai tahun itu juga, ini yang kita sebut noktah miskin tegar.

Ujarnya, sebanyak 161,000 KIR yang layak menerima pada tahun 2023 telah selesai diberikan bantuan.

“Tahun 2024, mari lagi 80,000 senarai baharu. Ada senarai baharu dan yang masih kekal.

“Setakat ini, sebanyak 15,000 sudah selesai dan bakinya kita akan cuba selesai sebelum akhir tahun ini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan Malaysia sebagai negara pertama disebut dan dipersetujui sebagai rakan baharu BRICS oleh lima anggota asalnya iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Ujarnya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh rakan sejawatnya dari Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali, sewaktu pertemuan mereka di Kompleks Seri Perdana, pada Sabtu.

Beliau berkata, apa yang dimaklumkan Perdana Menteri Ethiopia itu menunjukkan perkembangan positif berhubung potensi penyertaan Malaysia ke dalam blok yang secara kolektif merangkumi satu per lima daripada perdagangan global.

Sehubungan itu, Anwar menyeru semua pihak terutama pegawai kerajaan supaya menginsafi pandangan positif negara asing terhadap Malaysia, dengan bekerja lebih kuat.

“Saya nak bangga Malaysia ini bukan kerana bangunan tinggi, bukan kerana projek besar raksasa tetapi kerana rakyat terbela, itu yang penting,” katanya.

Malaysia secara rasmi diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan baharu dalam BRICS Khamis lalu.

Selain Malaysia, 12 negara lain ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turkiye, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

BRICS pada asalnya merangkumi empat negara iaitu Brazil, Russia, India, dan China, ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi yang sedang membangun, sebelum Afrika Selatan menyertainya pada 2010.

Sejak itu, blok itu sudah berkembang dengan disertai Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

Related Posts

Semua pihak perlu junjung titah Agong perangi rasuah

TITAH Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan keperluan tindakan tegas dan menyeluruh dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa perlu dijadikan panduan utama oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen diingatkan jangan cetus ketegangan antara wilayah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang bersifat menghasut sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara wilayah, sekali gus menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri