Krisis AS-Iran bakal cetus ketidakstabilan serantau

TEHERAN – Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di Asia Barat terus meningkat, selepas Presiden Donald Trump menghantar armada kapal perang – dipimpin kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln – ke perairan berhampiran pantai Iran.

Langkah ini menyusuli amaran berulang Trump mengenai kemungkinan tindakan ketenteraan sekiranya Iran gagal berunding mengenai program nuklearnya.

Sementara itu, Iran bertegas akan membalas sebarang serangan dengan kekuatan penuh.

Sekutu Iran yang berpengaruh di rantau Asia Barat, termasuk Iraq, Lubnan, Syria dan Yemen, turut memberi isyarat bahawa mereka tidak akan berdiam diri sekiranya Teheran diserang.

Menurut laporan, pentadbiran Trump menekankan matlamat perubahan rejim di Iran, dengan sasaran termasuk pemimpin tertinggi Ali Khamenei dan pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Analisis turut menyebut kemungkinan serangan terhadap tapak nuklear dan kemudahan ketenteraan strategik Iran, termasuk sistem misil balistiknya.

“Kita mempunyai pasukan besar menuju Iran. Saya lebih suka tiada apa yang berlaku, tetapi kita memerhati mereka dengan teliti,” kata Presiden Trump minggu lalu, beberapa hari selepas protes rakyat yang ganas berlaku akibat krisis ekonomi.

Joost Hiltermann, penasihat khas mengenai Asia Barat di International Crisis Group menegaskan, kehadiran aset ketenteraan AS yang besar di rantau itu membolehkan mereka melaksanakan apa sahaja serangan terhad sehingga operasi menyeluruh, termasuk sasaran ketenteraan dan infrastruktur awam.

Menurut Hiltermann, serangan berskala besar boleh menggugat kepimpinan Iran, tetapi persoalan utama ialah sama ada sasaran akan ditumpukan kepada Pemimpin Tertinggi atau keseluruhan pentadbiran di Teheran.

Trump sebelum ini menggelar Khamenei sebagai ‘lelaki sakit’ dan menegaskan masanya untuk menamatkan pemerintahan 37 tahun pemimpin itu.

Pakar menekankan bahawa walaupun Khamenei dibunuh, sistem politik Iran tidak akan runtuh dengan mudah seperti rejim Saddam Hussein di Iraq atau Muammar Gaddafi di Libya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan