Kota Kinabalu perintis inisiatif bandar mesra kanak-kanak di Sabah

KOTA KINABALU – Kota Kinabalu sebagai bandar perintis pertama di Sabah yang melaksanakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI).

Inisiatif itu termeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama The United Nations Children’s Fund (UNICEF) di sini pada Selasa.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, pihak berkuasa tempatan di seluruh Sabah digalakkan mencontohi pendekatan ini demi memperkukuh kesejahteraan kanak-kanak di bandar dan luar bandar.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan PBT seluruh Sabah mencontohi usaha ini agar setiap bandar dan semua daerah di Sabah menjadikan kanak-kanak sebagai keutamaan dalam perancangan.

“Sabah yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan geografi yang unik, menghadapi cabaran pembangunan tersendiri.

“Kanak-kanak di kawasan pedalaman, komuniti pribumi dan isi rumah berpendapatan rendah sering mengalami pelbagai bentuk kekurangan.

“Inisiatif ini membuka ruang kepada kita untuk menangani ketidaksamaan tersebut melalui lensa yang mesra kanak-kanak yang mendengar suara mereka, menghormati hak mereka dan menyesuaikan dasar mengikut keperluan mereka,” katanya semasa ucapan perasmian MoU Pelaksanaan CFCI antara Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu dengan UNICEF.

Dalam pada itu, beliau berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan merangkumi martabat, peluang dan perlindungan kanak-kanak, bukan sekadar kemajuan ekonomi dan infrastruktur.

“Kerajaan Negeri Sabah telah lama mengiktiraf bahawa kanak-kanak bukan sahaja masa depan kita, malah juga penunjuk arah moral kita.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah memperkukuhkan dasar-dasar untuk memastikan akses yang inklusif terhadap pendidikan, kesihatan, perlindungan dan penyertaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama ini memberi nilai tambah penting melalui rangka kerja yang fokus, tersusun dan diiktiraf antarabangsa untuk mengarusperdanakan prinsip Konvensyen Hak Kanak-Kanak dalam tadbir urus bandar.

Related Posts

PKR Sabah alu-alukan persetujuan tambahan kerusi Parlimen untuk Sabah, Sarawak
  • YnomYnom
  • September 13, 2025

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyambut baik persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Felda perlu bangkit tangkis fitnah

PADANG TERAP – Generasi muda Felda yang celik digital diseru untuk bangkit menangkis sebarang fitnah dan dakyah yang cuba mempengaruhi masyarakat peneroka. Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lawatan ke luar negara demi tugas diplomasi dan kemanusiaan – PM Anwar

Lawatan ke luar negara demi tugas diplomasi dan kemanusiaan – PM Anwar

PKR Sabah alu-alukan persetujuan tambahan kerusi Parlimen untuk Sabah, Sarawak

  • By Ynom
  • September 13, 2025
PKR Sabah alu-alukan persetujuan tambahan kerusi Parlimen untuk Sabah, Sarawak

Generasi muda Felda perlu bangkit tangkis fitnah

Generasi muda Felda perlu bangkit tangkis fitnah

Anggota tentera maut, seorang hilang di Pulau Mataking

  • By Fatin
  • September 13, 2025
Anggota tentera maut, seorang hilang di Pulau Mataking

Program MADANI Rakyat medan penyatuan, bina komuniti bersatu padu

Program MADANI Rakyat medan penyatuan, bina komuniti bersatu padu

Bekalan elektrik terganggu di pantai timur Sabah, talian 275kV Kolopis–Segaliud rosak

Bekalan elektrik terganggu di pantai timur Sabah, talian 275kV Kolopis–Segaliud rosak