Kerajaan Sabah lulus RM1.1 juta untuk pembangunan DUN Kiulu

KIULU – Kerajaan Negeri Sabah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, peruntukan pembangunan tersebut demi kesejahteraan rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga pembangunan yang telah dinyatakan oleh wakil rakyat tadi kita luluskan.

“Pembinaan tempat letak kereta kawasan pekan Kiulu sebanyak RM500,000.

“Kita akan membina jalan raya baharu sebagai perhubungan daripada Kampung Tombung ke Kampung Bayag juga RM500,000.

“Pembangunan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung  (JKK) Kampung Lopot, Kiulu Baru, mereka mahu bekalan air graviti ini juga kita luluskan RM100,000,” beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran tahun 2025, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, Kiulu mesti dibangunkan dan aspirasi rakyat yang mahukan pembangunan berterusan dan kesejahteraan mesti dibela dan dibantu.

“Kita akan merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk daerah kecil ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Hajiji juga mengisytiharkan penjenamaan semula Dewan Masyarakat Kiulu sebagai Dewan OKK Rampas.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan