Kontena ada serangga perosak dari India diarah patah balik

PELABUHAN KLANG – Sebuah kontena yang masuk membawa muatan jenis kekacang dari India di Pelabuhan Utara, di sini, diarah berpatah balik selepas dikesan mengandungi serangga perosak.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Shamsul Akbar Sulaiman berkata, arahan berpatah balik itu dibuat pada Isnin.

Menurutnya, pemeriksaan pegawai Maqis mendapati kontena itu membawa muatan keluaran pertanian jenis kekacang iaitu turmeric frits, mysdore dhall, toor dhall, green peas, moong dhall dan mochai yang dianggarkan seberat 19 tan metrik.

“Nilai dianggarkan RM150,271.22 yang diimport dari negara India ini mengandungi serangga perosak (sitophilus zeamais) di dalam kontena tersebut.

“Konsainan terbabit telah ditolak kemasukannya dan Jabatan Maqis telah mengarahkan konsainan tersebut dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kemasukan tumbuhan dan hasilannya bersama dengan perosak adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport barangan dengan perosak, penyakit atau bahan cemar.

Katanya, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan