Konsep universal wajar jadi prinsip utama dalam agenda pembangunan masyarakat, pembinaan negara – Tun Juhar

KOTA KINABALU – Konsep bersifat universal yang merentasi sempadan agama dan bangsa wajar dijadikan sebagai prinsip utama dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat dan pembinaan negara, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata, konsep itu berupaya meminimumkan pergeseran dan pertelingkahan antara kelompok-kelompok dalam entiti masyarakat majmuk.

“Masyarakat dan negara mampu dibangunkan dan dibina ke tahap terbilang tanpa ada perselisihan dalam entitinya.

“Kita harus hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Kebersatuan sentiasa diakui menjadi tunjang kukuh kepada lonjakan sebarang usaha ke arah kegemilangan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 di sini pada Sabtu.

Tambahnya sebagai rakyat Malaysia adalah tanggungjawab bersama untuk meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan individu atau kaum.

Beliau berharap kemakmuran dan kerjasama antara kaum sentiasa berada pada tahap optimum yang seterusnya diwarisi generasi baharu dalam keadaan yang aman, makmur dan membangun.

Juhar yang juga Canselor UMS mahu graduan universiti terus belajar meningkatkan diri kerana pendidikan tidak berakhir di universiti.

“Latihlah kemahiran berkomunikasi secara baik untuk menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh yakin.

“Jangan berputus asa, teruskan berusaha dan ambil setiap peluang untuk memperbaiki diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para graduan agar tidak melupakan pentingnya kesejahteraan mental dan fizikal apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah