UMS lahirkan 426 graduan kelas pertama tahun 2024

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menampilkan seramai 426 graduan kelas pertama pada Majlis Konvokesyen ke-26 tahun 2024.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 4,493 graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah, termasuk pelajar yang merupakan graduan kelas pertama.

Katanya, dari jumlah tersebut, 119 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah, 335 orang penerima Ijazah Sarjana, 124 orang penerima Diploma Pasca, 3,862 orang penerima Ijazah Sarjana Muda dan 53 orang penerima Diploma akan dianugerahi skrol sepanjang empat hari majlis ini berlangsung.

“Sepanjang tiga dekad ini, seramai 91,915 graduan telah dilahirkan dalam pelbagai bidang yang kini menjadi modal insan kompeten dan berkaliber tinggi.

“Mereka telah banyak menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat, nasional dan antarabangsa menjadi bukti bahawa pendidikan yang disediakan UMS bukan saja berorientasikan akademik tetapi juga membina kemahiran insaniah yang penting dalam kehidupan seharian.

“Bilangan graduan UMS merupakan kejayaan universiti menghasilkan modal insan kepada pelbagai sektor pekerjaan di peringkat negeri dan negara.

“Kadar kebolehpasaran graduan UMS merekodkan kadar peningkatan yang tinggi, contohnya pada tahun 2023, kadar kebolehpasaran graduan mencecah 98.5 peratus iaitu meningkat lagi berbanding tahun 2022 iaitu 98.3 peratus dan 96.2 peratus pada tahun 2021.

“Rentetan dari kejayaan tersebut, pada 27 November 2024, UMS telah menerima anugerah Top Public Higher Education Institution pada majlis Talentbank Graduates’ Choice Award (GCA),” katanya ketika berucap sempena Majlis Konvokesyen UMS kali ke-26 bagi graduan tahun 2024, sidang dua, di Dewan Canselor di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan kepada para graduan untuk sentiasa terbuka kepada pembelajaran sepanjang hanyat seperti teknologi digital pengurusan data dan kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu, katanya UMS juga kini telah mencapai pelbagai kejayaan antaranya di peringkat tempatan, kebangsaan dan dikenali di persada dunia.

“Pusat Pembelajaran Fleksibel UMS (UMSFlec) berjaya memperkukuh akses pendidikan melalui pembelajaran terbuka dan jarak jauh dalam bentuk Open Educational Resources (OER), Open CourseWare (OCW) dan Massive Open Online Courses (MOOC).

“Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) juga berjaya memacu keusahawanan sosial melalui ‘Labuanpreneur Living Lab’ dengan sokongan Bank Islam yang melibatkan program BMT-IPR, Asnafpreneur, UniMADANI.

“UMS baru-baru ini turut menandatangani perjanjian sumbangan geran penyelidikan sebanyak RM80,000 daripada Yun Fook Resources Sdn. Bhd. kepada Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan untuk penyelidikan susu tenusu lembu.

“Berdasarkan laporan QS World University Rankings 2024, UMS kini berada dalam kelompok 250 universiti terbaik dunia (Asia) dan menerima anugerah ‘Outstanding Huawei ICT Academy’ serta anugerah ‘Most Dedicated Instructor’ melalui Dr. Tan Soo Fun dari Fakulti Komputeran dan Informatik,” ujarnya.

Seramai 665 orang graduan dari Pusat Pendidikan Fleksibel UMS, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan menerima ijazah pada sidang kedua yang berlangsung pada petang Sabtu.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi