KKR tegas tidak kompromi EOT pada kontraktor Pan Borneo

LAHAD DATU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi amaran bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap sebarang permohonan lanjutan masa (EOT) bagi setiap projek khususnya Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemberian EOT pada syarikat dilantik bagi Pan Borneo Fasa 1B yang melibatkan 19 pakej kerja akan melambatkan projek berkenaan siap mengikut tarikh ditetapkan.

“Jika diberi kepada mana-mana syarikat dengan apa juga alasan kepada satu syarikat maka dia akan menjangkit, dijadikan alasan oleh syarikat yang lain, akhirnya semua syarikat diberi EOT dan akhirnya seluruh projek itu lewat.

“Sebelum ini ada pakej dalam 1A terima empat hingga lima EOT. Ini menyebabkan kelewatan dua hingga tiga tahun.

“Ini yang kita belajar daripada pakej 1A, kita tidak mahu kelewatan lagi untuk pakej 1B ini,” katanya kepada media dalam lawatan kerjanya menerusi Projek Sekolah Daif Sabah 2020 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu, di sini, pada Selasa.

Menurut Ahmad, sebarang kelewatan projek akan merugikan rakyat, kerajaan dan kontraktor.

“Jika projek siap awal, kontraktor akan jimat kos operasi yang tinggi, kerajaan tidak menanggung kos tambahan seperti Variation Order (VO) dan rakyat untung kerana dapat menikmati kemudahan tersebut dengan pantas dan tidak menjadi jalan yang merupakan derita mereka setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar jalan raya yang diambil alih kontraktor Pan Borneo perlu diselenggara dan tidak dibiarkan rosak sehingga membebankan pengguna jalan raya.

“Tentunya zaman saya sebagai Timbalan bersama Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tidak bertoleransi terhadap permohonan EOT yang sengaja dibuat dengan pelbagai alasan rekaan.

“Oleh itu, saya tidak mahu perkara ini berlaku dan ini peringatan awal,” tegasnya.

Related Posts

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak supaya menunggu sehingga selesai istiadat di Istana Negara esok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’