Tawau jadi tuan rumah Sukan Sabah XI bermula 11 Oktober ini

KOTA KINABALU – Tawau dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sukan Sabah (SAGA) XI yang akan berlangsung dari 11 hingga 17 Oktober depan, melibatkan lebih 10,000 atlet dari seluruh daerah di Sabah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, pihak penganjur kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh dan hanya menunggu ketibaan tarikh temasya.

“Kami di peringkat induk telah pun siap sepenuhnya dari segi mental dan fizikal, begitu juga dengan pasukan-pasukan yang bertanding.

“Saya juga yakin tarikh berlangsungnya temasya ini tidak akan bertembung atau terganggu dengan tarikh pilihan raya akan datang,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pengundian Sukan Berpasukan SAGA, pada Selasa.

Sukan dua tahun sekali itu dianjurkan secara bergilir dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan akan mempertandingkan 24 jenis acara membabitkan kategori lelaki dan wanita.

Menurutnya, SAGA kali ini menerima penyertaan seramai 10,751 orang peserta yang terdiri daripada kontinjen setiap daerah yang telah melepasi peringkat saringan awal untuk layak ke pusingan sebenar.

Fairuz berkata, sebanyak 232 pingat emas menjadi rebutan atlet, di samping pingat perak dan gangsa dalam pelbagai jenis sukan.

“Antara acara yang dipertandingkan termasuklah ragbi, bola jaring, bola keranjang, hoki, sepak takraw, bola tampar, futsal, bola sepak, tenis, ping pong, petanque, badminton, berbasikal, boling padang, e-sukan, golf, karate, taekwondo, tinju, wushu, muay thai, memanah, olahraga dan pencak silat.

“Kesemua acara ini dibahagikan kepada dua kategori lelaki dan wanita bagi memastikan keterangkuman dan peluang yang adil kepada semua atlet,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para atlet agar bertanding dengan semangat kesukanan tinggi dan menggalakkan mereka mencipta rekod baharu demi membawa nama Sabah ke peringkat lebih tinggi.

“Selamat berentap dan selamat bersukan. Saya harap lebih banyak rekod akan dipecahkan dan SAGA kali ini dapat melahirkan ramai atlet muda yang mampu mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” ujarnya.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi